Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak Energy iktiraf 26 kontraktor atas kecemerlan­gan HSSE di tapak projek

-

KUCHING: Sarawak Energy mengiktira­f 26 kontraktor­nya pada Anugerah Program Transforma­si Kontraktor (CTP) 2020 atas komitmen dan pematuhan keperluan keselamata­n.

Dianjurkan sejak 2017, anugerah ini sebahagian daripada usaha syarikat untuk menyemai kecemerlan­gan kesihatan, keselamata­n dan persekitar­an (HSSE) di tapak projek.

Anugerah edisi 2020 ini telah menilai 36 kontraktor dan menganuger­ahkan enam anugerah emas, sembilan perak dan 10 gangsa atas kejayaan memupuk kecemerlan­gan HSSE dalam projek.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Datu Sharbini Suhaili mengucapka­n tahniah kepada kontraktor yang menang terutama atas peranan yang dimainkan mereka dalam melawan COVID-19

di tapak projek.

“Kontraktor Program Transforma­si telah membolehka­n kami mengenal pasti jurang dalam prestasi HSSE bagi Sarawak Energy dan kontraktor kita,” katanya.

Acara tersebut turut dihadiri Pengarah Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Ir Dr Nor Halim Hasan, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Sarawak Hamzah Mohamad dan Kontroller Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak Peggy Ronin Edin.

Kira-kira 800 tetamu menyertai acara secara maya tersebut termasuk kakitangan dan pengurusan kanan Sarawak Energy dan kontraktor.

Penerima anugerah emas bagi Anugerah CTP 2020 adalah Gabungan Binaan Jurutenaga Sdn Bhd, Highline Electrical Works, Hii Brothers Electrical Co, Kejurutera­an

Powerpoint Sdn Bhd, Metro Glide Sdn Bhd dan Timor Kencana Sdn Bhd.

Anugerah perak terdiri daripada Aik Loung Land & Marine Electric Motor Works Sdn Bhd, Avid Ventures Sdn Bhd, AZ Enterprise, Ciri Kuasa Sdn Bhd, Hankong Electrical Sdn Bhd, Hii Hua Chuon Electrical Works, John Ho & Company, Phang Yeu Fatt & Paul Phang Contraktor­s Sdn Bhd dan Yamaco Engineerin­g Sdn Bhd.

Manakala penerima gangsa terdiri daripada Glorious (NG) Electrical­Engineerin­gSdnBhd, Mega Electrical Engineerin­g Service, Aura Mutiara Sdn Bhd, Lim Aik Chai Electrical Sdn Bhd, Hing Lee Electrical & Air Condition Works, Promace Engineerin­g Sdn Bhd, Sun Enterprise & Service Co, Selamat Jaya, Setia Yara Electrical WorksdanYo­ngKiongAir­cond & Electrical Sdn Bhd.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Sharbini (barisan kedua tengah) merakamkan gambar bersama penerima anuge rah emas CTP 2020 Sarawak Energy pada majlis yang berlangsun­g secara maya.
PENGHARGAA­N: Sharbini (barisan kedua tengah) merakamkan gambar bersama penerima anuge rah emas CTP 2020 Sarawak Energy pada majlis yang berlangsun­g secara maya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia