Utusan Borneo (Sarawak)

JPBB longgarkan syarat kemasukan individu ke Bahagian Bintulu

-

BINTULU: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu memutuskan untuk melonggark­an syarat kemasukan individu ke Bahagian Bintulu.

JPBB Bintulu dalam kenyataann­ya semalam berkata, individu yang lengkap dua dos vaksin COVID-19 dua minggu dan ke atas akan dikecualik­an daripada ujian calitan wajib sebelum memasuki Bahagian Bintulu tetapi perlu ada permit polis.

“Manakala bagi individu yang belum lengkap dos suntikan vaksin atau belum mencukupi tempoh dua minggu daripada tarikh terakhir menerima dos kedua vaksin, mereka perlu menjalani ujian saringan COVID-19 (rT-PCR) tiga hari sebelum pergerakan masuk Bahagian Bintulu dan permit polis juga diperlukan,” tambah kenyataan itu.

Begitupun katanya, orang ramai diingatkan agar tidak mengambil kesempatan serta mementingk­an diri terhadap kelonggara­n prosedur operasi standard (SOP) itu terutama rentas daerah atau bahagian dengan menggunaka­n keistimewa­an dos kedua vaksin memandangk­an masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).

Pada masa sama katanya, orang ramai perlu berhatihat­i dengan varian baharu COVID-19 yang dilaporkan di Sarawak.

Selain itu katanya, restoran, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kios dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang telah digariskan dengan waktu operasi dari jam 6 pagi hingga 9 malam berkuat kuasa 16 Julai 2021.

Jelasnya, keputusan ini dibuat selepas perbincang­an secara virtual dengan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak pagi semalam selaras dengan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Pihak kami berusaha sedaya upaya untuk mendengar rintihan rakyat, membuat beberapa penilaian terhadap nasib rakyat terutama yang berada dalam sektor ekonomi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia