Utusan Borneo (Sarawak)

SFC anjur webinar mengenai enggang Sarawak 21 Julai ini

Orang ramai dipelawa sertai program sempena Hari Sarawak

-

Oleh itu, sempena Hari Sarawak yang akan datang, saya mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai webinar ini dan mengetahui lebih lanjut mengenai

” burung enggang.

KUCHING: Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) akan menganjurk­an webinar khas mengenai burung enggang Sarawak pada Rabu, 21 Julai ini sempena sambutan Hari Sarawak.

Menurut kenyataan medianya semalam, webinar bertajuk ‘Hornbills of Sarawak’ itu akan memberi peluang kepada orang ramai untuk mempelajar­i lebih lanjut mengenai burung tersebut dan pemulihara­annya di Sarawak.

“Webinar akan diadakan dari jam 2 hingga 4 petang (UTC/GMT +8) dan sesiapa yang berminat untuk ikut serta boleh mendaftar dihttps://zoom.us/meeting/ register/tJ0kd-igpzgiHdLg­iZUz_tDdd-lN7oFekeR9, atau ikuti penstriman langsung di halaman Facebook SFC pada hari tersebut,” ujar kenyataan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif SFC

Ketua Pegawai Eksekutif SFC Zolkipli Mohamad Aton yang juga Pengawal Hidupan Liar berkata, burung enggang merupakan burung penting dan simbol budaya bagi masyarakat Sarawak.

“Burung Enggang Kenyalang atau Rhinoceros Hornbill mewakili lambang negeri, namun ramai penduduk Sarawak tidak dapat mengenal pasti burung itu.

“Oleh itu, sempena Hari Sarawak yang akan datang, saya mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai webinar ini dan mengetahui lebih lanjut mengenai burung enggang,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Mengulas lanjut mengenai webinar itu, ahli panel terdiri daripada pakar mengenai burung enggang dari SFC iaitu DCEO1 Oswald Braken Tisen, Ketua Pengurusan TPA D. Victor Luna Amin, Ketua Bahagian Penyelidik­an & Pemulihara­an Habitat

Connie Geri, Pegawai Pemulihara­an SFC Lily Sir dan Sim Lee Kheng dan warden Piasau Nature Reserve Louis Velda Dominic Salon.

“Ia akan dikendalik­an oleh Ketua Penyelidik­an dan Pemulihara­an Kepelbagai­an Biologi, Dr Melvin Gumal.

“Sementara itu, Oswald akan membincang­kan mengenai gambaran keseluruha­n pemulihara­an burung enggang di Sarawak, Dr Victor mengenai cerita rakyat dan pantang larang berkaitan dengan burung itu di Sarawak dan Connie mengenai tanaman dan pokok yang digunakan oleh burung.

“Lily Sir dan Sim pula mengulas Projek Burung Enggang di Perlindung­an Hidupan Liar Lanjak Entimau, manakala Louis mengenai ‘Hornbill Oriental-pied’ di Piasau Nature Reserve,” jelas kenyataan tersebut.

Zolkipli Mohamad Aton

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia