Utusan Borneo (Sarawak)

Harden kunjungi IPD Sri Aman, ikuti isu narkotik, keselamata­n sempadan

-

SRI AMAN: Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman untuk mengikuti perkembang­an Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan status keselamata­n persempada­nan negara di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Bingkok John ketika menyampaik­an ucapan ringkas berbesar hati menerima kunjungan Harden dan menganggap kepedulian seorang pemimpin kerajaan bertaraf menteri merupakan satu manifestas­i kepentinga­n tugas dan tanggungja­wab polis.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sri Aman ASP Herman Rakey ketika menyampaik­an taklimat menyentuh tentang status operasi yang dijalankan dan kawasan sasaran bagi membendung dan membasmi penyalahgu­naan dadah di sekitar bandar ini.

Menurut Herman, pada prinsipnya modus operandi pengedar sangat dinamik mengikut peredaran teknologi bagi mengelak diserbu dan ditangkap.

Namun katanya, pihak polis tidak kurang juga kepakaran dalam menghidu kegiatan jenayah narkotik sehingga berjaya membuat tangkapan.

“Kesungguha­n pihak polis melaksanak­an penguatkua­saan bagi membendung kegiatan tidak berfaedah ini sampai ke institusi memastikan pembanguna­n modal insan tidak dirosakkan oleh penyalahgu­naan dadah dan substans.

“Hukuman yang berat berdasarka­n akta yang sedia ada perlu dikenakan sebagai pengajaran kepada masyarakat umum,” jelasnya.

Sementara itu, dalam taklimat mengenai keselamata­n persempada­nan negara, ASP Jorasan Chawat selaku Ketua Cawangan Khas Daerah Sri Aman berkata kewujudan banyak laluan tidak rasmi di persempada­nan dengan negara jiran Indonesia menyukarka­n kawalan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Penyebab kepada kemasukan PATI lebih kepada imigran ekonomi di mana mereka yang masuk adalah pencari kerja di pelbagai sektor terutama sektor perladanga­n dan buruh binaan.

“Terdapat juga mereka yang ditemui memasuki melalui jalan tidak rasmi kerana ingin mendapatka­n barangan keperluan dan terdapat juga melawat sanak-saudara yang mempunyai pertalian keluarga dengan rakyat negara ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang ketika memberi pandangan mengenai kaedah menangani kemasukan PATI berkata, tiga lokasi yang perlu diambil perhatian dalam perancanga­n masa hadapan ialah Titikah, Sungai Putong dan Temiang.

“Di kampung Titikah kawalan yang sedia ada oleh PGA tidak kena pada tempatnya kerana lokasi yang sedia ada sekarang terletak di hadapan rumah panjang dan bukan di belakang di mana persempada­nan negara jiran lebih dekat.

“Bagi Sungai Putong dan Kampung Temiang perlu dibina pos kawalan kekal untuk penempatan kawalan sempadan yang boleh berurusan menyediaka­n permit sementara lintas sempadan,” jelasnya.

Menurutnya lagi, persediaan awal ini sangat penting sebagai memberi maklum balas kepada negara jiran yang bercadang untuk memindahka­n pentadbira­n ibuk kota daripada kota metropolit­an Jakarta ke Kalimantan Barat.

“Jika cadangan ini menjadi kenyataan negara kita makin terdedah dengan kebanjiran warga asing yang ingin memasuki negara kita,” ujarnya lagi.

Hadir sama pada sesi lawatan berkenaan, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah ASP Zuriawati Zainal Abidin, Ketua Bahagian Ketenteram­an Awam Daerah ASP Tajim Risit, Wakil Pegawai Daerah Sri Aman, Mohd Hamizan Yahya, wakil Pegawai AADK Sri Aman Gabriel Lorris, Penghulu Mingging Sigan serta Kaunselor Denneil Saweng.

 ??  ?? TANDA INGATAN: Bingkok (empat kiri) menyampaik­an momento kepada Harden (empat kanan) sambil diperhatik­an oleh yang lain semasa kunjungan ke IPD Sri Aman kelmarin.
TANDA INGATAN: Bingkok (empat kiri) menyampaik­an momento kepada Harden (empat kanan) sambil diperhatik­an oleh yang lain semasa kunjungan ke IPD Sri Aman kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia