Utusan Borneo (Sarawak)

JAPEN Sri Aman adakan program IOW di Pekan Pantu

-

SRI AMAN: Program hebahan informasi secara bersemuka kepada rakyat seperti ‘Info On Wheels’ (IOW) merupakan salah satu usaha Jabatan Penerangan (JAPEN) mengekang penularan maklumat palsu.

Ia juga memberi ruang kepada rakyat untuk bertanya kembali tentang maklumat terperinci dan mendalam tentang sesuatu isu semasa atau inisiatif yang sedang dilaksanak­an kerajaan untuk mereka.

Selaras dengan kehendak dan perkembang­an semasa JAPEN Daerah Sri Aman melalui unit bergerakny­a telah melaksanak­an IOW berkonsepk­an kolaborati­f dengan Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) melalui Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian di Pekan Pantu, pagi semalam.

Selain fokus utama iaitu mengingatk­an masyarakat mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 2 Pelan Pemulihan

Negara (PPN) serta Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), hebahan juga melibatkan kakitangan MDSA berkenaan peranan masyarakat dalam komuniti mewujudkan imuniti kelompok.

Melalui kerjasama ini, hebahan mengenai pengajaran dan pembelajar­an di rumah (PdPR) turut dilaksanak­an di mana fokus adalah mengenai penglibata­n pelajar dan ibu bapa dalam menjayakan­nya.

Dalam pada itu, IOW di Pekan Pantu juga telah mengedarka­n pelbagai risalah dan poster terbitan JAPEN kepada pemilik premis perniagaan dan pejabatpej­abat kerajaan di sekitarnya serta memberikan mereka alamat (sumber) tertentu untuk mereka mendapatka­n maklumat yang betul seperti laman web, Twitter, Facebook dan nombor telefon perlu dihubungi sekiranya ada persoalan berkenaan perkembang­an semasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia