Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar Raya Doremon dijenama semula sebagai Doremart

Tujuh cawangan di seluruh Sarawak akan jalani pengubahsu­aian secara berperingk­at bermula 20 Julai hingga 31 Ogos

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Tujuh Pasar Raya Doremon di seluruh Sarawak kini dalam proses penjenamaa­n semula kepada Pasar Raya Doremart untuk memberi pengalaman membeli-belah yang lebih selesa dan menyeronok­kan kepada pelanggan.

Pengarah Urusan Doremart Hii Kah Hock berkata, proses penjenamaa­n semula itu akan dilakukan secara berperingk­at bermula 20 Julai hingga 31 Ogos 2021.

“Pada masa sama, kita akan membuat kerja-kerja ubah suai di setiap cawangan untuk memberi keselesaan serta perkhidmat­an yang lebih baik kepada pelanggan.

“Kerja-kerja ubah suai ini akan mengambil masa satu atau dua tahun untuk dilakukan,” ujarnya kepada pemberita, semalam.

Pasar Raya Doremart mempunyai dua cawangan di Sri Aman dan Sarikei serta satu di Sibu, Sibu Jaya dan Betong.

Hii berkata, kerja-kerja ubah suai akan bermula

Pada masa sama, kita akan membuat kerja-kerja ubah suai di setiap cawangan untuk memberi keselesaan serta perkhidmat­an yang lebih baik kepada pelanggan. Kerja-kerja ubah suai ini akan mengambil masa satu atau dua tahun

” untuk dilakukan.

Hii Kah Hock

Pengarah Urusan Doremart

dengan cawangan Doremart Sibu di Lorong Chiew Siik Hiong 1A.

Beliau juga memberitah­u, dengan penjenamaa­n semula itu, Doremart bukan hanya menawarkan harga yang kompetitif tetapi turut mementingk­an kesegaran.

“Sebelum ini, Pasar Raya

Doremon lebih dikenali dengan harga murah namun dengan penjenamaa­n semula kepada Pasar Raya Doremart, kita kekalkan harga murah dan pada masa sama mementingk­an kesegaran produk,” jelasnya.

Mengenai perancanga­n masa depan, Hii berkata pihaknya mahu membuka lebih banyak cawangan Doremart di seluruh Sarawak.

“Perancanga­n masa depan kita adalah membuka cawangan Pasar Raya Doremart terutama di kawasankaw­asan perumahan yang tidak mempunyai pasar raya,” ujar beliau.

 ??  ?? TINGKAT KESELESAAN: Hii di Pasar Raya Doremart Sibu selepas sidang media semalam.
TINGKAT KESELESAAN: Hii di Pasar Raya Doremart Sibu selepas sidang media semalam.
 ??  ?? PEJENAMAAN SEMULA: Wajah baharu Pasar Raya Doremart Sarikei selepas menjalani penjenamaa­n semula.
PEJENAMAAN SEMULA: Wajah baharu Pasar Raya Doremart Sarikei selepas menjalani penjenamaa­n semula.
 ??  ?? SELESA: Pasar Raya Doremart Sarikei yang memberi suasana selesa kepada pelanggan.
SELESA: Pasar Raya Doremart Sarikei yang memberi suasana selesa kepada pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia