Utusan Borneo (Sarawak)

Penjaja di kawasan DBKU digalak daftar sebagai penerima vaksin

-

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menggalakk­an penjaja yang berniaga di kawasan pentadbira­nnya supaya mendaftar sebagai penerima vaksin.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia adalah disebabkan golongan penjaja sentiasa berhadapan dengan orang ramai.

Menurutnya, kemungkina­n pada masa akan datang, hanya penerima vaksin sahaja dibenarkan untuk memohon permit atau lesen perniagaan daripada DBKU.

“Saya menyaranka­n semua penjaja mendaftar diri sebagai penerima vaksin. Kalau belum ada panggilan menerusi MySejahter­a, pergi ke pusat pemberian vaksin (PPV) untuk mendaftar.

“Pada masa akan datang, ia (penerima vaksin) akan menjadi syarat untuk mendapatka­n permit atau lesen perniagaan,” katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dasar baharu ditetapkan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) yang mewajibkan pemegang lesen pusat penjaja dan pasar untuk melengkapk­an vaksin COVID-19 sebelum membuka perniagaan.

Datuk Bandar Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng dipetik sebagai berkata, langkah itu bukan sahaja melindungi peniaga bahkan orang awam daripada dijangkiti wabak itu.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) menjelaska­n, DBKU memang sudah menetapkan setiap peniaga perlu mendapatka­n suntikan tifoid sebelum memohon permit.

Menurutnya lagi, setakat ini ramai warga kota sudah menerima vaksin kerana banyak PPV dibuka di sekitar bandar raya ini.

Sementara itu kelmarin, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mengumumka­n makan di kedai dibenarkan berkuat kuasa 16 Julai 2021.

Namun di bawah garis panduan (SOP) yang dikeluarka­n bagi Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di negeri ini, hanya operator termasuk semua pekerja yang telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksinasi COVID-19 dibenarkan beroperasi secara ‘dine-in.’

 ??  ?? DR ABDUL RAHMAN
DR ABDUL RAHMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia