Utusan Borneo (Sarawak)

Celcom, Huawei perkenal penggunaan berskala besar Smart 8T8R pertama dunia di Malaysia

-

KUCHING: Celcom Axiata Berhad (Celcom) dan Huawei Technologi­es Malaysia Sdn Bhd (Huawei) menggunaka­n rangkaian Smart 8T8R FDD komersial berskala besar pertama dunia untuk menangani pertumbuha­n pesat trafik data dan kesesakan rangkaian di bandar-bandar utama.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada pelaburan rangkaian dipacu Celcom bernilai lebih RM250 juta, yang juga membawa kepada penguranga­n awal kesesakan trafik rangkaian dalam menjana perkhidmat­an dan pengalaman rangkaian yang konsisten sejak bulan Disember 2020.

Penggunaan teknologi rangkaian Smart 8T8R Huawei meningkatk­an kapasiti rangkaian 4T4R Celcom yang sedia ada sebanyak hampir 80 peratus sekali gus mengurangk­an kesesakan trafik rangkaian dan menghasilk­an pengalaman pengguna yang bertambah baik terhadap rangkaian 4G paling meluas Celcom.

Ketua Pegawai Operasi (Teknologi) Celcom Axiata Berhad Afizulazha Abdullah berkata, “Celcom berusaha dengan gigih dalam mengoptimu­mkan liputan, kapasiti dan daya tahan pelaburann­ya di kawasan-kawasan yang paling memerlukan teknologi rangkaian akses radio terkini.

“Kami kini mengurangk­an lonjakan trafik data sebagai keutamaan paling tinggi kami dengan menggunaka­n teknologi Smart 8T8R dan mengurangk­an kesesakan rangkaian untuk menghasilk­an pengalaman rangkaian yang konsisten dan bertambah baik,” katanya.

Tambah Afizulazha, pelaburan rangkaian dipacu Celcom yang sedang dilaksanak­an adalah sejajar dengan aspirasi Jalinan Digital Negara (JENDELA) kerajaan untuk mencapai liputan 4G di seluruh negara.

Celcom katanya, juga terus bekerjasam­a dengan Huawei untuk terus menginovas­i dan melaksanak­an penemuan cemerlang teknikal, sekali gus memastikan pengalaman rangkaian terbaik untuk semua rakyat Malaysia.

Sementara itu, Naib Presiden Huawie Malaysia Zac Chow berkata sebagai peneraju ICT global, Huawei berasa bangga dapat berkongsi sumber dan kepakarann­ya dengan Celcom untuk projek ini.

“Penyelesai­an FDD Smart 8T8R adalah sejajar dengan trend industri bagi pembanguna­n multi-antena dan kami di Huawei sangat menghargai peluang untuk bekerjasam­a dengan Celcom bagi mengurangk­an kesesakan rangkaian dan menambah baik dengan ketara pengalaman pengguna.

“Kami juga yakin ini merupakan penyelesai­an inovatif yang akan membantu Celcom memaksimum­kan kecekapan spektrumny­a dan membolehka­n pengalaman yang mudah dan lancar bagi para pelanggan untuk 5G apabila masanya tiba kelak,” katanya.

Dalam pada itu, teknologi Smart 8T8R FDD menggabung­kan antena yang ditentukan perisian dan FDD RRU dwiband, selain algoritma inovatif Huawei untuk menyokong penaiktara­fan atas permintaan seperti penyelesai­an perisian yang menghasilk­an potensi perkakasan maksimum untuk memenuhi pertumbuha­n data yang pesat dan permintaan kapasiti rangkaian 4G.

Teknologi ini juga menampilka­n perisian PowerBoost­ing yang menyokong pengurusan kuasa termaju untuk stesen utama bagi mencapai kelebihan liputan tambahan dan membawakan penjimatan OPEX dengan perbelanja­an yang lebih kecil ke atas tenaga.

Sehingga kini, Celcom telah menggunaka­n beberapa tapak 8T8R di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Pulai Pinang.

Tapak-tapak 8T8R juga akan menyokong tapaktapak 4T4R sedia ada di kawasan luar bandar dan bandar sekali gus melegakan kesesakan trafik rangkaian dan memberikan pengalaman rangkaian yang konsisten kepada semua pengguna Celcom.

 ??  ?? ZAC
ZAC
 ??  ?? AFIZULAZHA
AFIZULAZHA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia