Utusan Borneo (Sarawak)

Terjerat umpanan, lebih RM5 juta lesap

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

PERINGATAN demi peringatan telah diberikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) namun masih ramai individu yang terjerat umpanan dan menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian sehingga kerugian mencecah sehingga RM2.2 juta di bahagian Bintulu untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kerugian dialami mangsa yang direkodkan PDRM Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu adalah mencecah RM3,282,209.72.

Apakah penyebab dan punca kes sama yang dilihat berlaku berulang-ulang ke atas pelbagai individu, sedangkan nasihat serta peringatan termasuk maklumat berkaitan telah diuar-uarkan oleh pihak berkuasa melalui pelbagai platform?

Mengupas persoalan itu, Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zulkipli Suhaili memperinci­kan penyebab keadaan tersebut dan taktik licik ‘scammer’ sehingga berjaya menipu dan memperdaya­kan mangsanya serta mengakibat­kan mangsa mengalami kerugian amat besar ketika keadaan ekonomi rakyat negara ini tidak menentu dalam menghadapi pandemik COVID-19.

Justeru situasi ini dilihat amat serius dan nasihat serta peringatan berterusan wajar diberikan kepada seluruh masyarakat agar tidak terus menjadi mangsa penipuan sindiket yang semakin berleluasa menggerakk­an kegiatan licik mereka memperdaya orang ramai tanpa mengira status.

Bahkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengekang penularan

COVID-19, kes-kes penipuan seumpamany­a terus meningkat dan kes melonjak pada tahun ini berbanding jumlah kes yang direkodkan pada tahun lepas.

“Saya melihat statistik kerugian dari Januari hingga Jun 2021 adalah sebanyak RM2,230,151.36 berbanding tempoh sama tahun lepas (2020) meskipun jumlah kerugianny­a lebih tinggi iaitu RM3.2 juta,” katanya kepada Utusan Borneo semasa ditemui di pejabatnya di IPD Bintulu.

Hadir sama Pegawai Penyiasat Jenayah Komersial IPD Bintulu Inspektor Nur Sadrina Abdul Rahman.

Katanya, kerugian nampak menurun tahun ini tetapi jumlah kes keseluruha­n yang diterima dan disiasat adalah 213 kes berbanding tahun lepas hanya 41 kes sehingga 1 Jun iaitu peningkata­n 172 kes.

Dalam tempoh PKP katanya, ramai orang diperdaya kemungkina­n mangsa lebih banyak masa berada di rumah tetapi kesannya merugikan mereka yang telah menjadi mangsa.

‘MACAU SCAM’

“Kalau kita tengok balik kes ‘Macau Scam’, antara kes yang dilaporkan adalah menyamar sebagai penjawat awam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pengubahan wang haram dan sebagainya sehingga mangsa akur membayar (bersetujum­emindahkan­wang ke akaun lain) apabila diminta oleh sindiket.

“Ada juga mangsa menerima panggilan seseorang yang memperkena­l diri sebagai pegawai bank, lepas itu mangsa didakwa gagal membuat bayaran kad kredit.

“Dengan kepercayaa­n, mangsa bersetuju memindahka­n wangnya,” jelasnya.

Selain itu Zulkipli berkata, ada juga mangsa yang diminta memberikan nombor TAC, mangsa akur memberikan­nya kepada suspek dan suspek seterusnya akan mengambil semua duit mangsa dalam akaun dengan mengguna TAC yang diberi sehingga mengundang padah kepada mangsa.

“Sepatutnya TAC adalah rahsia peribadi yang tidak boleh didedahkan kepada sesiapa pun kerana apabila didedahkan kepada orang tidak dikenali maka pemindahan wang akan berlaku, ia antara taktik ‘Macau Scam’,” katanya.

PINJAMAN PALSU

Kerugian besar wang ringgit juga berlaku ke atas mangsa membabitka­n kes pinjaman tidak wujud yang kebiasaann­ya mangsa akan tertarik dengan pinjaman yang ditawarkan oleh sindiket atau ‘scammer’.

Zulkipli berkata, antara modus operandiny­a ialah mencipta kata-kata yang boleh menarik perhatian umum antaranya pinjaman mudah lulus, tanpa penjamin atau ‘mohon hari ini, esok lulus’ atau dengan lain perkataan ‘walaupun disenarai hitam boleh pinjam’.

“Semua ayat-ayat yang dicipta itu menyebabka­n orang tertarik dan ia antara ayat-ayat iklan yang dimasukkan dalam laman Facebook suspek,” katanya.

Beliau berkata, apabila kita melihat balik beberapa kes sepatutnya mangsa yang meminjam tetapi mangsa sendiri yang mengalami kerugian, misalnya dalam satu kes barubaru ini mangsa hendak meminjam RM30,000 tetapi tidak mendapat seperti dimahukan sebaliknya duit RM14,000 milik mangsa melayang.

TIDAK LOGIK

Disebabkan itu katanya, kita perlu sentiasa beringat agar tidak sesekali mudah percaya dengan cara penipuan sebegini, sama juga dengan kes pelaburan tidak wujud membabitka­n pembelian kereta dan telefon bimbit yang mana wang telah dibayar tetapi barang yang dimahukan tidak diterima.

“Banyak kes berkaitan berlaku di Bintulu, antaranya, kes pembelian iPhone yang berharga RM5,000 dalam pasaran tetapi kononnya dijual bawah harga pasaran dalam lingkungan RM100, RM800 dan RM1,000.

“Apakah penyebab keadaan ini berlaku?” tegas beliau.

Katanya, jika difikirkan harga yang ditawarKAN membuatkan ramai mangsa tertipu, justeru sepatutnya sebelum membayarny­a perlu berfikir panjang dan tidak mudah terperdaya dengan harga tidak masuk akal yang ditawarkan.

“Ada juga sesetengah kes, mangsa diperkenal oleh kawan dengan pelaburan tidak wujud, dikatakan memberi pulangan besar, namun selepas menyertai pelaburan umpama sistem piramid itu dengan modal RM100,000 akan mendapat pulangan pada masa ditetapkan tetapi pulangan dijanjikan tidak diterima,” katanya.

Justeru beliau menasihati agar semua pihak berhati-hati, dengan apa sahaja tawaran pelaburan yang dikata menguntung­kan di luar jangkaan serta melampau tersebut serta tidak realistik.

Menurutnya, mana-mana pelaburan yang ingin disertai perlu semak terlebih dahulu di aplikasi Semak Mule CCID dengan menaip nombor akaun dan nama pelaburan sebelum membuat sebarang transaksi, kalau betul ada rekod akan keluar yang betul dan sekiranya terdapat banyak kali carian maka wujud keraguan.

DEDAH TAC

Selain itu katanya, sindiket penipuan lain yang berlaku adalah meminta mangsa mengisi maklumat peribadi perbankan Internet dalam pautan dan apabila mengisi butiran perbankan, suspek yang mengesan maklumat akaun perbankan mangsa akan meminta nombor TAC, apabila TAC didedahkan wang simpanan mangsa pastinya akan hilang.

Prosesnya katanya, apabila masuk dalam pautan ini mangsa dikehendak­i mengisi maklumat dalam satu borang sama ada nombor WhatsApp, nombor akaun dan sebagainya, suspek yang akan membuat semuanya, memberikan kata laluan akaun tetapi tiada nombor TAC.

“Sebaliknya TAC akan dihantar ke nombor telefon bimbit mangsa dan sindiket akan bertanya TAC tersebut.

“Selepas mangsa mendedahka­n TAC itu maka sudah tentunya berlaku transaksi kewangan,” tambahnya.

Sebab itu katanya, dalam sistem perbankan telah ada ciri-ciri keselamata­n ditetapkan yang diberikan kepada pemilik akaun sebaliknya pemilik akaun memberikan­nya kepada orang lain (suspek) yang akhirnya wang simpanan pemilik akaun hilang.

“Cara sindiket itu memperdaya­kan mangsa adalah mengguna kaedah pemindahan wang.

“Kerugian paling besar dialami mangsa adalah membabitka­n pembelian dalam talian yang merekodkan 78 kes termasuk kes membabitka­n pembelian kenderaan mewah,” katanya.

Beliau berkata, terdapat kes berkaitan tawaran pembelian kenderaan mewah terpakai jenis Alphard dan Vellfire yang dijual dengan harga RM70,000 sahaja.

“Mangsa bersetuju membelinya, manakala suspek penipu pula mempengaru­hi mangsa agar membayar deposit terlebih dahulu, membayar pelbagai pelepasan itu ini sehingga mangsa kerugian RM70,000, selepas itu suspek gagal dihubungi manakala kenderaan yang dijanjikan tidak diterima,” katanya.

TERTIPU ‘IPHONE’

Kekerapan yang turut berlaku dan dilaporkan juga adalah membabitka­n pembelian iPhone dengan mencatat 20 kes yang mana suspek penipu menjual telefon bimbit tersebut dengan harga RM100, RM1,000 lebih RM2,000.

Zulkipli berkata, berdasarka­n kepada nilai harga pasaran harga telefon bimbit jenis tersebut adalah lebih RM4,000 dan mangsa terperdaya dengan penipuan kerana harga telefon terbabit dijual di bawah harga pasaran.

Menjawab berkenaan tangkapan suspek katanya, dari Januari hingga Jun tahun ini 21 tangkapan telah dilakukan yang mana suspek berada di luar Sarawak termasuk di luar negara.

“Suspek-suspek berada di tempat lain dan kebanyakan tangkapan pula adalah ke atas pemilik akaun atau keldai akaun yang menyerahka­n kad mesin pengeluara­n wang automatik (ATM) kepada sindiket keldai akaun,” jelasnya.

Beliau berkata, sesuatu kes yang berlaku tidak sama tetapi kita akan siasat bukti transaksi yang berlaku.

‘LOVE SCAM’

Kes yang turut meningkat ketara tahun ini juga adalah melibatkan ‘Love Scam’ dengan modus operandiny­a suspek menjanjika­n cinta sejati sehingga mangsa terperdaya dan sanggup menyerahka­n segalanya.

“Peningkata­n kes yang berlaku ini kemungkina­n mangsa banyak menghabisk­an masa di rumah,” katanya.

Antara tindakan suspek yang menggunaka­n gambar kacak ialah berjanji untuk menghantar cincin berlian kepada mangsa sebagai tanda cinta, seterusnya seorang lagi penyamar menghubung­i mangsa berkenaan cincin berlian itu ditahan pihak kastam dan meminta mangsa membayar sejumlah amaun untuk melepaskan cincin dan barang yang dikirim tersebut.

Mangsa akur lalu membayar sejumlah wang RM5,000 dan sebagainya selepas itu barang yang dikirim dikatakan ditahan pihak polis dan sekali lagi penyamar sebagai pegawai polis meminta mangsa agar membayar sejumlah amaun lagi dan apabila amaun yang dibayar itu meningkat besar, mangsa akhirnya menyedari dirinya tertipu.

“Jadi perlu berhati-hati, jangan terlalu teruja dengan jejaka dari luar negara.

“Ia salah satu punca mengapa kejadian penipuan seumpamany­a berlaku.

“Dijanjikan pelbagai layanan baik apabila berjumpa, dibawa berjalan-jalan dan sebagainya bersama kawan-kawan memperliha­tkan alam percintaan sempurna semuanya tetapi pada masa sama suspek mengambil kesempatan.

“Apabila kehilangan wang dalam jumlah besar, mangsa akhirnya tersedar dan membuat laporan polis,” katanya.

Ujarnya, kebanyakan kes berlaku melibatkan ramai wanita dan sedikit lelaki dengan kes dilaporkan berjumlah tujuh kes.

“Lain-lain contoh kes mudah ialah penipuan secara bersemuka apabila mangsa didatangi suspek memberitah­u menang cabutan nombor ramalan dan mendakwa sebagai warga asing tidak mempunyai dokumen untuk menuntut jumlah wang besar yang dimenangi misalnya dalam RM30,000.

“Suspek mempengaru­hi mangsa hanya mahukan RM10,000 dan selebihnya wang kemenangan itu akan diberi kepada mangsa.

“Apabila mangsa membawa slip nombor ramalan ke premis berkaitan untuk menuntut hadiah, mangsa akhirnya menyedari telah ditipu apabila pemilik premis nombor ramalan memaklumka­n nombor tersebut sebagai palsu,” katanya.

Susulan itu Zulkipli mengingatk­an masyarakat agar berhati-hati apabila menerima mesej atau nombor pelikpelik kerana ia didalangi oleh sindiket antarabang­sa.

Rekod IPD Bintulu untuk Statistik Jenayah Komersial dan Kerugian dari Januari hingga Jun 2020 adalah RM3,282,209.72 membabitka­n 12 kes Macau Scam dan kerugian RM176,300, lima kes pinjaman tidak wujud membabitka­n kerugian RM31,60, satu kes pelaburan tidak wujud melibatkan kerugian RM2,559,000, enam kes pembelian dalam talian dengan nilai kerugian RM41,982.50, satu kes ‘Love Scam’ melibatkan kerugian RM6,000 dan 16 lagi kes-kes lain dengan jumlah kerugian RM467,277.22.

Setakat ini, enam kes telah dituduh di mahkamah dan 14 tangkapan telah dibuat.

 ??  ?? KUPAS ISU: Zulkipli (kiri) dan Nur Sadrina semasa ditemu bual berkenaan jenayah penipuan dalam talian.
PELBAGAI CARA: Zulkipli menjelaska­n mengenai kes-kes penipuan dalam talian yang berlaku.
KUPAS ISU: Zulkipli (kiri) dan Nur Sadrina semasa ditemu bual berkenaan jenayah penipuan dalam talian. PELBAGAI CARA: Zulkipli menjelaska­n mengenai kes-kes penipuan dalam talian yang berlaku.
 ??  ?? DEMI WANG: Pelbagai cara digunakan sindiket untuk menipu mangsa.
DEMI WANG: Pelbagai cara digunakan sindiket untuk menipu mangsa.
 ??  ?? FAKTA: Carta statistik kes penipuan dalam talian yang direkodkan di Bintulu pada tahun 2020.
FAKTA: Carta statistik kes penipuan dalam talian yang direkodkan di Bintulu pada tahun 2020.
 ??  ?? TINGGI: Zulkipli menunjukka­n angka kes dan nilai kerugian yang dialami mangsa.
TINGGI: Zulkipli menunjukka­n angka kes dan nilai kerugian yang dialami mangsa.
 ??  ?? MEMBIMBANG­KAN: Zulkipli menunjukka­n statistik peningkata­n kes penipuan dalam talian pada tahun ini (2021) di Bintulu membabit kerugian RM2.2 juta.
MEMBIMBANG­KAN: Zulkipli menunjukka­n statistik peningkata­n kes penipuan dalam talian pada tahun ini (2021) di Bintulu membabit kerugian RM2.2 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia