Utusan Borneo (Sarawak)

Sinopharm, Johnson & Johnson lulus bersyarat: KP Kesihatan

Kelulusan itu dipersetuj­ui dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ke-361 yang bersidang semalam

-

“Kelulusan pendaftara­n bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamata­n dan keberkesan­an produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarka­n data-data terkini dari semasa ke semasa.

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan (KKM) semalam memberikan kelulusan pendaftara­n bersyarat kepada dua vaksin COVID-19 iaitu Sinopharm dan Johnson and Johnson (Janssen) untuk kegunaan semasa bencana.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kelulusan itu dipersetuj­ui dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ke-361 yang bersidang semalam.

“Kelulusan pendaftara­n bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamata­n dan keberkesan­an produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarka­n datadata terkini dari semasa ke semasa,” katannya dalam

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

kenyataan semalam.

Dr Noor Hisham berkata, langkah itu bertujuan untuk memastikan perbanding­an manfaat-risiko bagi produkprod­uk vaksin tersebut kekal positif.

Vaksin Sinopharm atau ‘COVILO Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivate­d’ merupakan vaksin yang dibangunka­n oleh China National Biotec Group Company Limited dan dikilangka­n oleh Beijing Institute of Biological Products Co Ltd (BIBP), China dengan Duopharma (M) Sdn Bhd sebagai pemegang pendaftara­nnya.

Sementara vaksin Janssen COVID-19 Vaccine Suspension for Injection dikilangka­n oleh Janssen Pharmaceut­ica N.V. Belgium dengan pemegang pendaftara­nnya Johnson & Johnson Sdn Bhd.

Beliau berkata, KKM akan sentiasa memperting­katkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak COVID19 melalui perolehan bekalan vaksin yang telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamata­n dan keberkesan­an oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD.

Kerajaan komited untuk memastikan penduduk dewasa Malaysia mencapai imuniti kelompok selaras dengan sasaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia