Utusan Borneo (Sarawak)

Program ‘outreach’ vaksin ke pulau peranginan beri sinar baharu untuk pengusaha pelanconga­n

-

KUALA TERENGGANU: Program ‘outreach’ suntikan vaksin ke pulau-pulau peranginan serta Tasik Kenyir oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) yang bermula kelmarin, memberi sinar baharu buat pengusaha pelanconga­n untuk kembali beroperasi.

Beberapa pengusaha pelanconga­n yang dihubungi Bernama mengakui pemberian vaksin itu dapat meningkatk­an keyakinan mereka untuk berdepan dengan pelancong, sekali gus merancakka­n semula perniagaan yang terjejas hampir dua tahun.

Pemilik Ombak Kapas Island Beach Resort, Hawa Abd Rahman berkata, enam daripada 20 pekerjanya sudah menerima suntikan vaksin dos pertama di Pulau Kapas melalui program tersebut semalam, manakala pekerja lain akan menerima suntikan vaksin di tanah besar.

“Apabila resort kami tidak beroperasi semua pekerja dibenarkan balik ke tanah besar untuk bercuti tanpa gaji, sekurang-kurangnya mereka boleh melakukan kerja lain bagi menampung perbelanja­an harian.

“Kami berharap resort dapat beroperasi semula secepat mungkin selepas semua 20 pekerja menerima suntikan lengkap dua dos vaksin kerana cara itu sahaja untuk mengawal penularan COVID-19 selain pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di resort,” katanya yang mempunyai 72 bilik dan beroperasi di Pulau Kapas sejak enam tahun lalu.

Pemilik Qimi Private Bay, Rosmawati Abdul Hamid pula berkata beliau tidak sabar untuk beroperasi memandangk­an wang simpanan semakin berkuranga­n.

“Sepanjang 19 tahun beroperasi di Pulau Kapas, saya memang ada ‘tabung kecemasan’ untuk menampung perbelanja­an ketika pulau peranginan ditutup sepanjang musim tengkujuh biasanya dari Oktober hingga Februari.

“Namun, kali ini tempohnya terlalu panjang dan saya risau sekiranya berlanjuta­n akan kehabisan wang simpanan. Semoga sektor pelanconga­n akan dibenarkan beroperasi semula, setidak-tidaknya untuk rentas daerah agar penduduk Terengganu boleh bercuti ke Pulau Kapas,” katanya.

Melalui program ‘outreach’ suntikan vaksin itu, JKNT menyasarka­n hampir 10,000 pengusaha pelanconga­n dan penduduk pulau akan menerima dua dos suntikan lengkap selewat-lewatnya pada Oktober depan.

Sementara itu, Pengurus Redang Pelangi Resort, Ee Lin Foo pula berharap kerajaan akan membenarka­n sektor pelanconga­n beroperasi semula di Pulau Redang setelah pekerja hotel, resort atau chalet menerima suntikan lengkap dua dos vaksin.

“Penilaian perlu dibuat berdasarka­n situasi semasa COVID-19, lagipun agensi penguatkua­saan boleh memantau pematuhan SOP untuk industri pelanconga­n di pulau peranginan.

“Saya yakin, penggiat pelanconga­n akan mematuhi semua peraturan dan syarat ketat yang ditetapkan kerajaan asalkan mereka dapat beroperasi semula,” katanya.

Senada dengan beliau ialah pengusaha rumah rakit di Tasik Kenyir, Ariadi Malik, 51, yang berharap kerajaan membenarka­n semula industri pelanconga­n di Terengganu dibuka dengan syarat tertentu seperti hanya pelancong yang lengkap dua dos suntikan sahaja dibenarkan bercuti ke negeri ini.

“Jika rentas daerah atau negeri sangat berisiko, benarkan sahaja penduduk setempat bercuti ke Tasik Kenyir, sekurang-kurangnya ada juga pendapatan bagi menyelengg­ara rumah rakit ini,” katanya yang kini menjual ikan air tawar dari tasik itu untuk menyara hidup.

 ?? — Gambar Bernama ?? PATUHI SOP: Anggota Jabatan Pengangkut­an Jalan Negeri Selangor memeriksa van pekerja ketika menjalanka­n Ops Patuh di Persiaran Budiman Seksyen 25 Shah Alam, semalam.
— Gambar Bernama PATUHI SOP: Anggota Jabatan Pengangkut­an Jalan Negeri Selangor memeriksa van pekerja ketika menjalanka­n Ops Patuh di Persiaran Budiman Seksyen 25 Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia