Utusan Borneo (Sarawak)

MAIPk edar tablet percuma kepada 2,000 pelajar tingkatan lima

-

IPOH: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) mengedarka­n bantuan pakej tablet dan data Internet kepada 2,000 pelajar tingkatan lima, terdiri daripada keluarga asnaf fakir dan miskin membabitka­n peruntukan bernilai RM1.2 juta.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Shahrul Azam Shaari berkata, tablet berserta pakej Internet secara percuma selama enam bulan yang diagihkan sejak 12 Julai lalu, kepada pelajar berkenaan melalui pejabat cawangan MAIPk di seluruh negeri dengan kerjasama pejabat Orang Besar Jajahan Daerah.

Menurutnya, inisiatif bantuan tablet dan data Internet itu bertujuan, membantu pelajar mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PdPR) dengan lebih berkesan.

“Bantuan tablet dan data Internet ini merupakan satu daripada sembilan jenis bantuan yang diperkenan­kan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, yang menitahkan MAIPk menyediaka­n dana khas bantuan kepada golongan yang terkesan akibat pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu Shahrul Azam berkata, antara bantuan yang selesai disampaika­n seperti sumbangan kepada 25 pusat jagaan anak yatim bernilai RM308,000, bagi membantu pengoperas­ian pusat jagaan anak yatim yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Shahrul Azam berkata, selain itu bantuan tajaan bekalan makanan institusi pendidikan bernilai RM200,000, sebagai rizab untuk mahasiswa di institusi pengajian tinggi di negeri ini yang perlu menginap di tempat pengajian semasa tempoh PKP.

“Selain itu, MAIPk juga telah menyerahka­n sumbangan kepada lima pusat jagaan warga emas dan orang kurang upaya bernilai RM49,600, bagi membantu operasi pusat jagaan warga emas dan orang kurang upaya yang berdaftar di bawah JKM,” katanya.

Shahrul Azam berkata, MAIPk sentiasa komited dan cakna terhadap kesukaran yang dihadapi rakyat, terutama dalam kalangan asnaf fakir dan miskin.

“Di tengah-tengah keprihatin­an masyarakat Islam membantu golongan terjejas semasa PKP, kita juga mengharapk­an umat Islam tidak lupa terhadap kewajipan menunaikan ibadah zakat, kerana terbukti ramai asnaf dapat dibantu, bukan sahaja memenuhi keperluan seharian, tetapi membantu mereka dalam bidang pendidikan, perubatan dan sebagainya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia