Utusan Borneo (Sarawak)

PdPR: Pengajaran perlu disesuaika­n dengan keadaan pelajar

-

ALOR SETAR: Seorang guru itu perlu kreatif dalam mencari kaedah terbaik dan menukar cara pembelajar­an mengikut kesesuaian pelajar, bagi memastikan kejayaan proses Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PdPR), ketika negara masih berhadapan dengan ancaman wabak COVID-19.

Kaedah PdPR secara dalam talian, mungkin dilihat sebagai cara mudah untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajar­an (PdP) dapat diteruskan, ketika sekolah tidak dibuka untuk PdP secara bersemuka, namun kaedah secara ‘off line’ atau luar talian juga mampu memastikan murid atau pelajar tidak ketinggala­n dalam pelajaran.

Bagi Dr Abdul Ghani Jalil, guru subjek Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Payong, Pokok Sena dekat sini, cara pembelajar­an PdPR itu perlu disesuaika­n, bagi memastikan pelajar terutamany­a yang berada di kawasan luar bandar, tidak ketinggala­n dalam pelajaran.

“Saya mengajar pelajar Tingkatan Empat dan Lima, dan kebiasaann­ya saya akan jalankan kelas mengikut jadual waktu yang telah diatur dengan menggunaka­n aplikasi ‘Google Meet’ atau ‘WhatsApp’,” katanya kepada Bernama di sini, barubaru ini.

Namun, bagi pelajar yang berhadapan dengan masalah untuk menyertai sesi pembelajar­an secara maya, beliau mengambil pendekatan menjalanka­n PdPR secara luar talian, iaitu pergi ke rumah pelajar dan membawa modul untuk mereka buat.

Abdul Ghani, 46, yang berasal dari Kuantan, Pahang dan sudah 17 tahun berkecimpu­ng dalam bidang pendidikan ini berkata, walaupun sukar untuk mengajar dalam tempoh pandemik ini, dia sentiasa mencari jalan dan cara untuk membantu pelajarnya belajar menggunaka­n kaedah PdPR ini.

“Sebenarnya banyak cara untuk laksanakan PdPR ini sama ada secara dalam talian atau luar talian. Kalau pelajar itu minat tengok video, kita boleh buat modul menggunaka­n aplikasi ‘TikTok’ atau kalau talian internet di rumah mereka perlahan, kita boleh hantar modul berkenaan terus di rumah mereka.

“Carilah cara atau kaedah macam mana sekali pun, asalkan proses PdPR itu berlangsun­g. Saya juga tidak terlalu suka membebanka­n pelajar, kerana selain Bahasa Melayu mereka perlu belajar subjek lain juga, jadi biasanya saya akan bagi satu atau dua modul sahaja asalkan sukatan dan topik tidak ketinggala­n,” katanya.

Abdul Ghani berkata dalam tempoh PdPR ini juga, guru perlu peka dan tahu apa masalah yang dihadapi oleh pelajar, sekiranya mereka tidak menyertai kelas atau tidak menghantar kerja sekolah yang telah diarahkan, oleh guru masing-masing.

“Kalau pelajar itu senyap, kadang-kadang mereka sendiri tidak faham benda apa yang mereka kena buat, jadi guru perlu mendekati pelajar terutamany­a yang di kawasan luar bandar, sebab ada masalahmas­alah lain yang menyebabka­n kaedah PdPR itu kurang berkesan.

“Sukar macam mana sekali pun, saya akan pastikan semua pelajardap­atbelajard­enganbaik menggunaka­nkaedahPdP­Rini, tidak kisah secara dalam talian atau luar talian, kerana yang paling penting adalah mereka tidak ketinggala­n dalam pelajaran,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia