Utusan Borneo (Sarawak)

MOU PENDIGITAL­AN PRODUK DBP DENGAN KERJASAMA UCTS

UCTS akan manfaatkan kepakaran bantu DBP Sarawak dalam penyelidik­an dan pendokumen­tasian kearifan tempatan

- Oleh Borhaniza Ali Basah

Antara projek pemulihara­an oleh UCTS adalah Projek Pemulihara­an Masjid Al-Qadim. Kewujudan masjid lama itu sebagai simbol kebanggaan umat Islam di Sibu, selain menjadi mercu tanda pelanconga­n terkemuka di wilayah

” tengah negeri ini.

SIBU: Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) akan bekerjasam­a dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ke arah pendigital­an produk atau bahan yang terdapat di DBP Cawangan Sarawak.

Pengerusi Lembaga Pengarah UCTS Dr Annuar Rapa’ee berkata, UCTS merupakan institusi pengajian tinggi yang memiliki kepakaran dari segi sumber manusia dan peralatan dan ini boleh membantu DBP Cawangan Sarawak dalam penyelidik­an dan pendokumen­tasian kearifan tempatan yang merangkumi bahasa, sastera dan budaya di Sarawak.

“Di Sarawak khususnya di Sibu, terdapat pelbagai khazanah dan warisan daripada pelbagai budaya dan agama. Khazanah ini sepatutnya menjadi kebanggaan kita dan didokument­asikan.

“UCTS melalui Pusat Konservasi dan Regionalis­me Borneo (BORC) giat mendokumen­tasi dan memulihara bangunan warisan, struktur

Pengerusi Lembaga Pengarah UCTS

dan monumen khususnya di Borneo.

“Antara projek pemulihara­an oleh UCTS adalah Projek Pemulihara­an Masjid Al-Qadim. Kewujudan masjid lama itu sebagai simbol kebanggaan umat Islam di Sibu, selain menjadi mercu tanda pelanconga­n terkemuka di wilayah tengah negeri ini.

“Masjid Al-Qadim juga satu-satunya monumen atau bangunan bersejarah yang tinggal, sekali gus menjadi simbol kehadiran Islam di Sibu,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Menandatan­gani Memorandum

Persefaham­an (MoU) antara DBP dengan UCTS secara maya, semalam.

Pada majlis itu, UCTS diwakili oleh Naib Canselor UCTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid, manakala DBP diwakili oleh Ketua Pengarah DBP Malaysia Datuk Abang Sallehuddi­n Abang Shokeran.

Majlis itu turut disaksikan oleh Pengarah BORC UCTS Profesor Madya Ar Haris Fadzilah Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP Datuk Padilah Ali dan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Profesor

Datuk Seri Dr Awang Sariyan.

Menurut Dr Annuar yang juga Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi, antara tujuan pendokumen­tasian khazanah dan warisan ini adalah untuk memperluas­kan pengetahua­n masyarakat luar tentang khazanah di Sarawak.

Dalam pada itu katanya, usaha ini juga untuk generasi baharu menghargai nilai dan jasa generasi yang membina dan mewujudkan khazanah di Sarawak khususnya di Sibu.

Katanya lagi, pada masa ini DBP dengan kerjasama UCTS sedang mengusahak­an penerbitan manuskrip Masjid Al-Qadim untuk rujukan umum.

“Pada tahun lepas, saya telah dijemput untuk melancarka­n Buku Terbitan DBP

Cawangan Sarawak, Seminar Kearifan Tempatan dan Seminar Masjid Al-Qadim di UCTS.

“Saya berharap kerjasama UCTS dan DBP tidak berhenti di sini sahaja, malah berharap DBP dan UCTS akan lebih kerap bekerjasam­a dalam aspek penyelidik­an, penerbitan, pengajaran dan pembelajar­an.

“Walaupun kita masih berjuang melawan pandemik COVID-19, ini tidak menghalang kita untuk mengadakan program hari ini (semalam) dengan adanya teknologi terkini,” katanya.

Sementara itu, Abang Sallehuddi­n menerusi ucapan alu-aluannya berkata, majlis itu juga selaras dengan hasrat Ketua Menteri untuk menjadikan Sarawak negeri maju menjelang tahun 2030.

“Memandangk­an UCTS merupakan sebuah institusi pendidikan milik kerajaan negeri Sarawak, kita berharap dengan kerjasama yang ada akan dapatmemba­ntumenyumb­ang kepakaran-kepakaran yang dimiliki dalam memartabat­kan bahasa Melayu di kawasan tengah Sarawak, terutama di Bahagian Sibu, tempat letaknya kampus induk UCTS.

“Salah satu kaedah mencapai hasrat ini adalah dengan adanya sinergi mantap antara agensi di Sarawak,” katanya.

Turut menyaksika­n majlis berkenaan ialah Pengarah DBP Cawangan Sarawak Abang Haliman Abang Julai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Dr Sabariah Putit dan yang lain.

Dr Annuar Rapa’ee

 ??  ??
 ??  ?? MANFAAT TEKNOLOGI: Majlis MoU antara DBP dan UCTS yang berlangsun­g secara maya, semalam.
MANFAAT TEKNOLOGI: Majlis MoU antara DBP dan UCTS yang berlangsun­g secara maya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia