Utusan Borneo (Sarawak)

Sambut Aidiladha dengan waspada

Umat Islam perlu ikut SOP, varian Delta agresif dan mampu merebak dengan pantas

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Masyarakat di negeri ini terutamany­a umat Islam diminta supaya mengambil langkah berhati-hati semasa menyambut Hari Raya Aidiladha akan datang.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia susulan kemunculan varian Delta di Sarawak yang lebih agresif dan mampu berjangkit dengan pantas.

“Dalam menyambut Hari Raya Aidiladha juga, umat Islam masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

“Jika ada yang balik kampung diminta mematuhi peraturan ditetapkan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS),” katanya kelmarin ketika diminta mengulas mengenai kewujudan varian Delta di Sarawak.

Dr Abdul Rahman yang

“Kita dimaklumka­n mengenai kewujudan varian Delta di Sarawak. Ia lebih agresif dan kita khuatir varian ini merebak dan mendatangk­an masalah ” baharu.

Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU)

juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) berkata, orang ramai diingatkan untuk mengelak melakukan pergerakan rentas daerah sekiranya tiada keperluan kerana dibimbangi boleh meningkatk­an penularan pandemik COVID-19.

“Kita dimaklumka­n mengenai kewujudan varian Delta di Sarawak.

“Ia lebih agresif dan kita khuatir varian ini merebak dan mendatangk­an masalah baharu,” katanya.

Beliau berkata, adalah lebih baik untuk kekal di kediaman masing-masing dan elakkan melakukan pergerakan tidak penting.

Pada Selasa, Sarawak mengesahka­n 16 varian Delta dikesan di Kuching pada 4 Julai lalu.

Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) UNIMAS Profesor Dr David Perera berkata, kehadiran varian Delta itu sudah dimaklumka­n menerusi laporan kepada kepada Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Dengan penambahan 16 kes baharu, setakat ini 17 kes melibatkan varian Delta dikesan di Sarawak yang mana kes pertama melibatkan seorang lelaki berusia 56 tahun yang dilaporkan pada 8 Julai lalu,” katanya dalam kenyataan.

 ??  ??
 ??  ?? TERUS WASPADA: Dr Abdul Rahman semasa menghadiri satu majlis di Kuching kelmarin turut menggesa umat Islam terus waspada dengan kemunculan varian Delta di negeri ini terutama semasa Hari Raya Aidiladha.
TERUS WASPADA: Dr Abdul Rahman semasa menghadiri satu majlis di Kuching kelmarin turut menggesa umat Islam terus waspada dengan kemunculan varian Delta di negeri ini terutama semasa Hari Raya Aidiladha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia