Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: SARAWAK REKODKAN 423 KES BAHARU SEMALAM

-

KUCHING: Kes baharu COVID-19 di Sarawak merekodkan peningkata­n lagi semalam iaitu sebanyak 423 kes berbanding 363 kes kelmarin menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif bagi negeri ini kini sebanyak 70,651.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata, Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 238 kes diikuti Meradong (26), Sibu (23), Betong (21), Serian (15) dan Saratok (13).

Lain-lain kes dikesan di Bintulu (11), Sarikei (11), Kapit (10), Bau (10), Subis (6), Pakan (5), Tatau (5), Beluru (4), Matu (4), Simunjan (3), Mukah (2), Lundu (2), Telang Usan (2), Marudi (2) dan masingmasi­ng satu kes di Miri, Samarahan, Asajaya, Sri Aman, Bukit Mabong, Selangau, Song, Dalat, Julau dan Pusa.

“Daripada 423 kes, 247 kes melibatkan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 dan 87 kes libatkan individu dalam kluster aktif sedia ada.

“Manakala 37 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan dan 52 kes lain-lain saringan di fasiliti kesihatan,” katanya.

JPBNS turut memaklumka­n tiada kes kematian baharu dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruha­n kematian di Sarawak kekal seramai 443 orang.

Manakala terdapat 849 kes pulih dan dibenar discaj menjadikan jumlah keseluruha­n kes pulih dan dibenar discaj meningkat kepada 64,963 orang atau 91.95 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes positif di Sarawak.

Jumlah kes masih aktif di wad hospital dan pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah COVID-19 (PKRC) adalah seramai 5,080 orang.

Dalam pada itu, Daerah Betong bertukar status daripada Jingga kepada Merah selepas merekodkan 51 kes positif dalam tempoh 14 hari lepas.

Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Merah meningkat kepada 22 daerah, tiga daerah berstatus Jingga, 13 daerah berstatus Kuning dan dua daerah iaitu Daro dan Lawas kekal berstatus Hijau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia