Utusan Borneo (Sarawak)

TINDAKAN PANTAS PENGHUNI SELAMATKAN BANGUNAN RUMAH SEWA DARIPADA TERBAKAR

-

BINTULU: Tindakan pantas penghuni memadam kebakaran di sebuah bilik rumah sewa di Jalan Pisang Embun di sini berjaya menyelamat­kan keseluruha­n bangunan rumah sewa dua tingkat tersebut daripada terbakar, pagi kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Timbalan Penguasa Bomba I Christus Buson berkata, insiden itu disedari seorang penghuni yang tanpa berlengah mengambil alat pemadam api untuk memadamkan api di tempat kejadian.

Beliau memuji tindakan pantas penghuni rumah terbabit sebelum ketibaan bomba sekali gus telah menyelamat rumah, nyawa dan harta benda penghuni lain di bangunan tersebut.

Katanya, pihak bomba yang menerima panggilan kecemasan pada jam 10.24 pagi bergegas ke tempat kejadian dengan 12 anggota, pegawai serta dua jentera bomba Fire Rescue Tender (FRT) Scania dan jentera perkhidmat­an bantuan perubatan kecemasan (EMRS).

“Setibanya di tempat kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah bilik tidur yang terbakar lima peratus,” ujarnya dalam kenyataan semalam.

Christus berkata, kebakaran itu berjaya dipadamkan hasil tindakan pantas penghuniny­a menggunaka­n tiga unit alat pemadam api.

“Anggota bomba yang tiba di tempat kejadian selepas api berjaya dipadamkan telah bertindak menggunaka­n peralatan untuk memecah siling bagi memastikan tiada lagi punca api,” katanya yang turut bergegas ke lokasi bersama PBK II Stephen Plen.

Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan dan setelah keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 10.46 pagi.

Pada masa yang sama beliau menyeru orang ramai yang melihat atau terserempa­k dengan kejadian kebakaran agar segera menghubung­i pihak bomba supaya tindakan menyelamat lebih cepat dilakukan.

Selain itu katanya, setiap rumah perlu ada alat pemadam api supaya tindakan awal seumpamany­a dapat diambil untuk menyelamat dan memadamkan api ketika masih kecil dan terkawal.

 ??  ?? MUJUR SELAMAT: Rumah sewa dua tingkat yang nyaris terbakar dalam
kejadian kelmarin berjaya diselamatk­an oleh penghuniny­a.
MUJUR SELAMAT: Rumah sewa dua tingkat yang nyaris terbakar dalam kejadian kelmarin berjaya diselamatk­an oleh penghuniny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia