Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK PUTUSKAN BELI CANSINO, DIJANGKA TIBA HUJUNG JUL

Vaksin dos tunggal penting bagi menjayakan program vaksinasi untuk penduduk di kawasan luar bandar: Abang Johari

- Oleh Clare Cinderella

Kita jangka hujung bulan Julai ini mungkin kita akan dapat. Ini pastinya akan dapat memudahkan penduduk di luar bandar kerana mereka tidak perlu turun (ke PPV) untuk mendapatka­n

” suntikan dos kedua.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri

MIRI: Kerajaan negeri sudah memutuskan untuk membeli vaksin dos tunggal, CanSino dan berharap ia akan tiba pada hujung Julai ini bagi menjayakan program vaksinasi untuk penduduk di kawasan luar bandar Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberitah­u, vaksin dos tunggal ini juga akan memudahkan pemberian vaksin kepada penduduk di kawasan luar bandar yang sukar untuk pergi ke pusat pemberian vaksin (PPV) di lokasi ditetapkan kerana kos dan juga jarak yang jauh.

“Saya difahamkan oleh pegawai perubatan, ramai penduduk di luar bandar yang sudah menerima dos pertama mereka, tidak mahu turun lagi bagi mendapatka­n dos kedua.

“Justeru kita memberikan mereka (vaksin) CanSino, walaupun satu dos, mereka tetap memiliki perlindung­an (imunisasi) secukupnya. Ini juga memberikan satu keselesaan kepada kita dan penduduk terbabit,” katanya pada sidang media yang diadakan di PPV Dewan Curtin di Universiti Curtin (Kampus Sarawak) di Senadin, di sini, semalam.

“Vaksin dos tunggal ini terdapat dua pilihan iaitu CanSino dan Johnson & Johnson. Tapi kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk membeli CanSino.

“Kita jangka hujung bulan Julai ini mungkin kita akan dapat. Ini pastinya akan dapat memudahkan penduduk di luar bandar kerana mereka tidak perlu turun (ke PPV) untuk mendapatka­n suntikan dos kedua,” tambahnya.

Bulan lepas, kerajaan Sarawak sudah memohon 650,000 dos vaksin berkenaan daripada kerajaan persekutua­n, khusus untuk rakyat di kawasan luar bandar sahaja.

Mengenai lawatannya ke Miri semalam dan melihat sendiri perkembang­an program vaksinasi di empat PPV di sini, Abang Johari melahirkan rasa puas hati dengan pencapaian dan kerjasama yang diberikan oleh penduduk di Miri, di samping sektor swasta dan sukarelawa­n yang banyak membantu di sektor-sektor kerajaan berkaitan.

“Saya difahamkan di Miri, untuk pemberian dos pertama seramai 238,772 dos telah diberi dan ini ialah 72.5 peratus, manakala dos kedua pula ialah 114,634 atau 35 peratus.

“Sekurang-kurangnya anda (Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri) sudah mencapai sasaran 70 peratus.

“Saya yakin, Miri akan mencapai peratusan yang lebih tinggi dan melepasi sasaran kerana saya dimaklumka­n bahawa masih ramai yang sudah mendaftar untuk penerimaan dos mereka,” tambahnya.

Sehubungan itu, Abang Johari juga yakin Sarawak mencapai sasaran 80 peratus populasiny­a menerima vaksi

nasi menjelang akhir Ogos kelak, berdasarka­n pencapaian sehingga kini yang menyaksika­n seramai 1.5 juta orang sudah menerima dos pertama mereka di negeri ini.

Mengenai masalah kesesakan dan kekurangan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk di Hospital Miri, beliau memberitah­u masalah itu mulai berkuranga­n kerana kes-kes jangkitan COVID19 yang semakin menurun di Miri.

Sementara itu, lawatan Abang Johari ke Long Lama yang sepatutnya dijadualka­n pagi semalam terpaksa dibatalkan kerana banjir.

Turut hadir mengiringi beliau ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Pengangkut­an Datuk Lee Kim Shin, yang juga Menteri Bertanggun­gjawab JPBB Miri, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion serta Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed.

 ??  ??
 ??  ?? LAWAT: Abang Johari (depan, tengah) bersama Awang Tengah (depan, dua kiri), Dr Sim (depan, kanan), Lee (depan, kiri) dan yang lain merakamkan kenangan di hadapan PPV Dewan Curtin di Universiti Curtin Kampus Sarawak di Miri, semalam.
LAWAT: Abang Johari (depan, tengah) bersama Awang Tengah (depan, dua kiri), Dr Sim (depan, kanan), Lee (depan, kiri) dan yang lain merakamkan kenangan di hadapan PPV Dewan Curtin di Universiti Curtin Kampus Sarawak di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia