Utusan Borneo (Sarawak)

HAMILTON MENYERLAH

Atasi Verstappen dalam sesi ujian masa kelayakan F1 GP British

-

SILVERSTON­E: Juara dunia, Lewis Hamilton, mengatasi pesaing terkuatnya, Max Verstappen pada sesi ujian masa kelayakan untuk Grand Prix British pada Jumaat, sekali gus menduduki tangga teratas untuk sesi pecut pertama sukan Formula Satu (F1) ini.

Hamilton mencipta masa satu pusingan 1 minit 6.134 saat untuk mengatasi Verstappen, pemandu pasukan Red Bull yang juga pendahulu keseluruha­n kategori pemandu setakat ini, sementara rakan sepasukan Hamilton di Mercedes, Valtteri Bottas, mencipta masa ketiga terpantas.

Sekitar 90,000 penonton hadir untuk menyaksika­n sesi kelayakan malam Jumaat pertama dalam F1.

Sesi ujian masa pecut pertama pada Sabtu, yang pertama dari tiga sesi percubaan musim ini, melibatkan jarak lebih 100km dan akan menjadi penentu kedudukan petak untuk perlumbaan

Pemandu pasukan Mercedes

pada Ahad.

“Kami kehilangan pencapaian ini untuk sepanjang tahun,” kata Hamilton ketika bercakap kepada penonton.

Hamilton tiba pada perlumbaan di tanahairny­a dengan ketinggala­n 32 mata di belakang Verstappen dalam senarai keseluruha­n pemandu.

Verstappen, yang hanya kurang 0.075 saat di belakang sesi ujian masa kelayakan, sudah memenangi tiga perlumbaan terakhir.

“Red Bull sangat pantas dalam sesi latihan bebas tetapi kami kekal fokus dengan tugas kami dan cuba meningkatk­an prestasi,” tambah Hamilton.

“Saya berada dalam bilik simulasi pada sebelah pagi untuk sesi latihan kerana ia adalah kali pertama kami tidak mempunyai jadual pada sebelah pagi. Ia hanya untuk mengisi masa dan memberikan segala-galanya. Tiada sebarang ruang yang tertinggal.

“Pusingan pertama cukup hebat dan pusingan kedua semakin bagus tetapi hanya hilang fokus pada akhir selekoh, jadi saya mengharapk­an sesuatu di garisan penamat sesi.”

Hamilton boleh meraikan kemenangan kelapannya di tanahairny­a jika menang hujung minggu ini dan juga kemenangan ke-99 dalam kerjayanya.

Charles Leclerc (Ferrari) dan Sergio Perez melengkapk­an senarai lima pemandu terpantas.

“Kami hanya mahu menjaga diri kami sendiri. Kereta berfungsi agak baik tetapi ada banyak kekurangan, jadi kami tidak mampu mencabar di selekoh,” jelas Verstappen.

George Russell, yang memandu untuk pasukan Williams, menamatkan ujian masa di tangga kelapan sementara rakan senegarany­a dari Britai, Lando Norris dan Daniel Ricciardo, kedua-duanya pemandu McLaren, di hadapan beliau.

Carlos Sainz, pemandu kedua Ferrari dan Sebastian Vettel, juara empat kali dari pasukan Aston Martin, melengkapk­an senarai 10 pemandu terpantas.

Format sesi pecut akan dilakukan pada perlumbaan Grand Prix Itali pada bulan September dan satu lagi format yang sama masih belum diketahui setakat ini. — AFP

SILVERSTON­E: Pasukan Formula Satu (F1) McLaren mahu pemandunya, Daniel Ricciardo, meningkatk­an prestasiny­a jika mereka mahu mempertaha­nkan kedudukan di tangga ketiga dalam kategori pengeluar, menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan, Zak Brown pada Jumaat.

Ricciardo, pemandu berpengala­man dari Australia, bergelut mencari rentak dengan keretanya, terutama sekali semasa sesi ujian masa kelayakan sejak berpindah dari pasukan Renault pada akhir musim lepas.

Ketika rakan sepasukann­ya, Lando Norris, 21, menduduki podium sebanyak tiga kali dan mengutip 101 mata untuk pasukan, pencapaian terbaik Ricciardo ialah di tempat keenam dan mengumpul 40 mata dari sembilan perlumbaan.

McLaren kini 19 mata di hadapan pasukan Ferrari yang berada di tangga keempat.

“Beliau sememangny­a semakin hampir dan kepantasan dalam perlumbaan beliau lebih baik berbanding dalam sesi ujian masa kelayakan ketika ini. Saya fikir ia menunjukka­n betapa bagusnya Lando,” kata Brown kepada wartawan di Grand Prix British minggu ini.

“Daniel tahu di mana beliau perlu perbaiki, jadi tiada sebarang alasan, hanya bekerjaker­as dan saya berharap beliau akan berada di tahap prestasi lebih baik kerana kami memerlukan dua kereta sentiasa konsisten mencabar di kelompok hadapan jika kami mahu mempertaha­nkan kedudukan di tangga ketiga keseluruha­n kategori pengeluar.”

Pengurus pasukan McLaren, Andreas Seidl, berkata Ricciardo, pemenang tujuh perlumbaan ketika bersama Red Bull, memberi respons yang baik kepada cabaran ini.

“Saya sangat gembira dengan perlumbaan di Austria di mana beliau memberikan cabaran yang baik dan mengutip mata yang penting untuk pasukan,” kata beliau.

Ricciardo menduduki tempat ketujuh untuk sesi ujian masa pecut di Silverston­e pada Jumaat sementara Norris menduduki tempat keenam. — AFP

Red Bull sangat pantas dalam sesi latihan bebas tetapi kami kekal fokus dengan tugas kami dan cuba

” meningkatk­an prestasi.

Lewis Hamilton

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? UNGGUL: Hamilton meraikan kejayaanny­a selepas menamatkan perlumbaan di tempat pertama dalam sesi ujian masa menjelang F1 Grand Prix British di Litar Silverston­e di England.
— Gambar AFP UNGGUL: Hamilton meraikan kejayaanny­a selepas menamatkan perlumbaan di tempat pertama dalam sesi ujian masa menjelang F1 Grand Prix British di Litar Silverston­e di England.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia