Utusan Borneo (Sarawak)

Kejadian tanah runtuh dekat Kampung Haji Baki ragut nyawa pemandu van

-

KUCHING: Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas terlibat kemalangan dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Kuching-Bau berdekatan Kampung Haji Baki di sini, lewat malam kelmarin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa, Chai Kiah Fah berusia 63 tahun dan semasa kejadian dikatakan memandu sebuah van.

Menurutnya, van mangsa dilihat di dalam runtuhan tersebutol­ehorangawa­myang kemudian terus melaporkan kepada JBPM pada jam 12.39 tengah malam.

“Komanderop­erasimenge­sahkan terdapat mangsa dalam sebuah van yang berada di dalam runtuhan tersebut. Namun struktur tanah tidak stabil dan masih berlaku runtuhan menyukarka­n operasi menyelamat dilakukan.

“Dengan penuh berhatihat­i, mangsa yang dalam keadaan tidak sedarkan diri berjaya dikeluarka­n dari dalam van tersebut pada jam 1.59 pagi.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pemeriksaa­n dan disahkan telah meninggal dunia,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS).

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang yang turut hadir di lokasi kejadian memberitah­u pihaknya akan menyiasat berkenaan runtuhan tersebut.

“Kita akan siasat dengan Lembaga Air Kuching atau Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) kerana kita percaya insiden (runtuhan) ini disebabkan saluan paip,” katanya.

 ??  ?? TRAGIK: Pasukan penyelamat berusaha mengeluark­an mangsa dari dalam van yang terjatuh dalam runtuhan tersebut.
TRAGIK: Pasukan penyelamat berusaha mengeluark­an mangsa dari dalam van yang terjatuh dalam runtuhan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia