Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek curi lori berjaya ditahan

-

SIBU: Seorang suspek lelaki pernah dipenjara tiga tahun atas kesalahan mencuri kereta sekali lagi ditahan atas kesalahan yang sama.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek berusia 21 tahun ditangkap anggota Unit Ronda Bermotosik­al (URB) dan dibantu anggota Unit Kereta Peronda.

“Semasa kejadian, mangsa, 47, menerima panggilan daripada sebuah syarikat memaklumka­n seorang individu mencurigak­an berkeliara­n di belakang kedai mangsa di Sibu Jaya sekitar jam 12.23 pagi kelmarin.

“Syarikat penggera keselamata­n tersebut menghantar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kepada mangsa menunjukka­n lori syarikat milik abangnya dilarikan oleh individu itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, suspek gagal mengemukak­an dokumen pengenalan diri yang sah dan memberi alasan hanya memandu lori itu untuk bersiar-siar sahaja semasa disoal siasat.

“Suspek memberitah­u beliau ternampak lori itu dan cuba membuka pintu yang tidak berkunci, manakala kunci lori masih tergantung di lubang kunci sebelum menghidupk­an enjin dan memandu keluar dari Sibu Jaya,” jelasnya.

Stanley berkata, polis bertindak atas maklumat menahan suspek di Jalan

Tunku Abdul Rahman di sini, jam 3 pagi.

Katanya, suspek pernah ditangkap polis atas kesalahan mencuri kereta pada 2016 kemudian dihantar ke Hospital Sibu untuk ujian swab didapati negatif COVID-19.

Suspek kini ditahan di Lokap Balai Polis Pusat Sibu dan direman tiga hari sehingga 19 Julai ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Peraturan 25(1)(n) Peraturan Pendaftara­n Negara 1990,” katanya.

 ??  ?? DICURI: Lori yang dilarikan oleh suspek.
DICURI: Lori yang dilarikan oleh suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia