Utusan Borneo (Sarawak)

DUN Dalat bantu bina, baik pulih 213 rumah rakyat sejak 2018

-

MUKAH: Dewan Undangan Negeri (DUN) Dalat membantu membina dan membaik pulih sebanyak 213 rumah penduduk di kawasan tersebut sejak 2018.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata secara keseluruha­nnya kos terkumpul adalah RM2.4 juta.

“Kita bantu penduduk miskin dan kurang berkemampu­an sama ada melibatkan baik pulih atau bina semula kediaman sesuai dengan bantuan dan keadaan rumah itu.

“Terdapat tiga cara atau kaedah peruntukan digunakan iaitu melalui kerajaan persekutua­n bina semula rumah, kerajaan negeri melalui Projek Penambahba­ikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) dan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) wakil rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika lawatan ke rumah orang kelainan upaya (OKU) di Kampung Tanam Seberang, Dalat iaitu Phillip Kalum berumur 56 tahun, kelmarin.

Beliau merupakan seorang

OKU yang mempunyai masalah mental.

Sebuah rumah telah siap dibina semula untuknya melalui peruntukan khas kerajaan persekutua­n dengan kos RM50,000.

Fatimah turut memberitah­u rumah tersebut didirikan secara gotong-royong oleh Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) kampung tersebut.

Melalui kaedah itu, rumah tersebut dapat dibina dengan lengkap berserta kemudahan lain yang selesa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat itu menyifatka­n perkara itu adalah hasil kebijaksan­aan serta pengurusan baik JKKK dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) setempat.

Rumah Phillip siap dibina dengan mempunyai satu bilik tidur, tandas serta bilik mandi, tilam, katil, almari, sinki dan kelengkapa­n lain dengan kos RM50,000.

Ucapan terima kasih juga diberikan oleh Fatimah kepada kerajaan persekutua­n dan negeri atas usaha membantu rakyat terutama golongan B40 sangat memerlukan bantuan.

 ??  ?? HASIL MENGAGUMKA­N: Fatimah (kanan) melawat rumah Phillip yang telah siap dibina.
HASIL MENGAGUMKA­N: Fatimah (kanan) melawat rumah Phillip yang telah siap dibina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia