Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan perlu ubah perniagaan konvension­al kepada e-dagang

-

MUKAH: Para peniaga dan usahawan perlu mengubah operasi perniagaan mereka daripada konvension­al kepada e-dagang.

Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keadaan itu sesuai dengan keadaan sekarang yang memerlukan adaptasi norma baharu.

“Usahawan perlu peka terhadap peluang-peluang baharu ketika ini dan perlu mengambil risiko,” katanya pada Majlis Perasmian Projek Rancangan Memulihkan Koridor Sungai (RMKS) Sungai Oya di Dewan Masyarakat Oya, semalam.

Menurutnya, kerajaan sedar dan mengambil berat keadaan ketika ini di mana ramai peniaga serta usahawan Perindustr­ian Kecil dan Sederhana (PKS) terjejas.

Oleh sebab itu katanya, MEDAC boleh membantu golongan peniaga serta usahawan terbabit ketika ini.

“Melalui pelbagai agensi di bawah MEDAC, pihaknya bersedia membantu dari segenap aspek termasuk latihan perniagaan, modal, khidmat bimbingan serta sokongan,” katanya.

Wan Junaidi berkata, ketika ini usahawan memang berdepan cabaran atau risiko dalam perniagaan, namun mereka harus menyahut cabaran itu.

Katanya, keadaan itu boleh dijadikan sebagai satu pengalaman dan pengajaran bagi diri mereka.

Majlis sama menyaksika­n penyerahan replika cek berjumlah RM323,500 kepada usahawan dan ahli koperasi sekitar daerah Dalat dan Daerah Kecil Oya.

Antaranya daripada Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKM), Bank Rakyat dan SME Corp Malaysia.

Turut hadir Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah, Ahli Lembaga Pengarah SKM Wan Shardini Wan Salleh, Pengarah SKM Basuini Ali, Residen Bahagian Mukah Hamdiah Bakir dan Pegawai Daerah Dalat, Kueh Lei Poh.

 ??  ?? TERIMALAH: Wan Junaidi (kanan) ketika menyerahka­n replika cek kepada salah seorang penerima.
TERIMALAH: Wan Junaidi (kanan) ketika menyerahka­n replika cek kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia