Utusan Borneo (Sarawak)

Buat kajian lanjut hubung kait antara vaksinasi dan pencegahan kematian

-

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing mencadangk­an kajian lanjut dibuat Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai hubung kait antara vaksinasi dengan kejayaan mencegah kematian akibat COVID-19.

Menurut Masing, meskipun terdapat 423 kes positif baharu COVID-19 dikesan di Sarawak kelmarin, namun tiada kes kematian baharu akibat virus ini direkodkan.

“Ini boleh jadi hasil vaksinasi agresif oleh KKM di Sarawak.

Jika terdapat hubung kait langsung antara vaksinasi dan kematian akibat COVID-19, ia bermakna perancanga­n vaksinasi Sarawak adalah pendekatan yang tepat dalam mengekang virus maut ini,” kata Masing.

Susulan itu, Masing yang juga Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan serta pengerusi Jawatankua­sa Kawalan Keselamata­n mencadangk­an hubung kait ini dikaji lanjut oleh KKM.

“Jadi, kita tidak membuang masa dengan menggunaka­n segala bentuk strategi seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan sebagainya.

“Hanya tumpu kepada perolehan kelulusan vaksin dan perancanga­n vaksinasi yang berkesan.

“Ketepikan politik dan agama dalam peperangan kita melawan COVID-19 ini,” kata Masing menerusi kenyataan semalam.

Dalam pada itu, jumlah keseluruha­n kes positif di Sarawak meningkat kepada 70,651 kes kelmarin dengan jumlah kes kematian seramai 443 orang.

Sasaran Sarawak adalah untuk memberi suntikan vaksin kepada 80 peratus atau 2.2 juta daripada keseluruha­n populasiny­a termasuk individu yang tinggal dan bekerja di negeri ini menjelang Ogos ini.

Sarawak kini memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan lebih banyak sektor ekonomi dibenarkan dibuka bagi keseimbang­an antara ekonomi dan kesihatan awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia