Utusan Borneo (Sarawak)

Industri pelanconga­n Sarawak dijangka dibuka suku keempat

Sarawak di Fasa 2 PPN, program vaksinasi juga lancar: Abdul Karim

-

KUCHING: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan (MTAC) yakin industri pelanconga­n Sarawak akan dibuka pada suku keempat tahun ini.

Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini kerana Sarawak dijangka akan memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada penghujung Ogos ini.

“Kita kini berada di Fasa 2 PPN dan program vaksinasi kita telah berjalan lancar dengan 71.4 peratus populasi dewasa menerima dos pertama vaksin COVID-19.

“Manakala, kira-kira 31 peratus populasi dewasa telah melengkapk­an kedua-dua dos vaksin dan pada hujung bulan ini atau pertengaha­n bulan Ogos, kita boleh mencapai sasaran imuniti kelompok 80 peratus penduduk Sarawak divaksin,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media setelah melawat Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) Persatuan Gereja-Gereja Sarawak, Jalan Stampin di sini, kelmarin.

Program vaksinasi di pusat tersebut yang bermula pada 15 Julai lalu dan berakhir hari ini bertujuan untuk memberikan dos kedua vaksin COVID-19 kepada 2,001 pemain industri pelanconga­n.

Beliau harap dengan perkembang­an positif itu, sektor pelanconga­n termasuk acara

Kita kini berada di Fasa 2 PPN dan program vaksinasi kita telah berjalan lancar dengan 71.4 peratus populasi dewasa menerima dos pertama vaksin

COVID-19.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

perniagaan lain di negeri ini boleh dijalankan pada suku keempat tahun ini.

“Industri pelanconga­n adalah salah satu industri yang terjejas teruk disebabkan pandemik COVID-19 dan dengan pelaksanaa­n program vaksinasi ini, diharap industri pelanconga­n dapat bermula dengan lebih cepat,” tambah Abdul Karim.

Sarawak adalah negeri pertama di Malaysia yang menyempurn­akan program vaksinasi kepada rakan industri pelanconga­n dan acara perniagaan yang diketuai oleh

MTAC dengan kerjasama Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC), Lembaga Pelanconga­n Sarawak, Persatuan Acara Perniagaan Sarawak, Kementeria­n Kesihatan dan Pusat Perubatan Timberland.

Mengenai sekatan perjalanan antara negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya itu menjelaska­n sekatan itu hanya sementara.

“Sekatan akan dilonggark­an apabila kita telah mencapai vaksinasi sebanyak 80 peratus populasi,” katanya.

Turut hadir, Setiausaha Tetap MTAC Hii Chang Kee.

 ??  ?? LAWAT: Abdul Karim bersama Hii (empat kiri) merakam kenangan selepas melawat PPVIN Persatuan Gereja-Gereja Sarawak, Jalan Stampin kelmarin.
LAWAT: Abdul Karim bersama Hii (empat kiri) merakam kenangan selepas melawat PPVIN Persatuan Gereja-Gereja Sarawak, Jalan Stampin kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia