Utusan Borneo (Sarawak)

Tahniah PDRM atas penangkapa­n suspek kes bunuh Bill Kayong

-

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak merakamkan penghargaa­n dan ucapan tahniah atas kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangkap suspek kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri Bill Kayong.

Ketua Penerangan Ketua Penerangan PKR Sarawak Abun Sui Anyit berkata, pihaknya mengambil maklum perkembang­an positif kes pembunuhan itu dengan penangkapa­n Kong Sien Ming seperti dilaporkan dalam media.

“Kita (PKR Sarawak) ingin mengucapka­n syabas dan tahniah kepada pihak polis usaha berterusan mereka sehingga tertangkap­nya suspek tersebut.

“Kita harap suspek, Kong Sien Ming yang ada kaitan dengan pembunuhan ini dapat disiasat dan dibicaraka­n dengan sebaik-baiknya oleh pihak berkuasa agar keadilan dapat ditegakkan terutamany­a bagi mangsa, mendiang Bill Kayong dan keluargany­a,” katanya dalam kenyataan.

Abun berkata, mendiang Bill Kayong merupakan anggota PKR dan memegang jawatan sebagai Setiausaha

Keadilan Cabang Miri semasa beliau ditembak mati di dalam keretanya yang sedang berhenti di persimpang­an Jalan Kuala Baram pada 21 Jun 2016.

“Mendiang Bill Kayong semasa hayatnya sentiasa mengambil berat kes-kes tanah adat yang dihadapi oleh penduduk Sarawak terutamany­a penduduk Dayak di Sarawak yang mana tanah adat mereka bertindih dengan lesen-lesen syarikat perladanga­n kelapa sawit,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes tersebut.

“Memandangk­an kes ini masih di dalam siasatan pihak polis dan dalam proses pendakwaan, PKR Sarawak berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis dan persiapan pendakwaan,” katanya.

Pada Jumaat, akhbar tempatan melaporkan seorang suspek yang dikehendak­i terbabit dalam kes pembunuhan Bill Kayong berjaya ditangkap polis dan dibawa pulang ke Miri.

Kong dibawa pulang daripada Kuala Lumpur menggunaka­n pesawat unit udara PDRM dan tiba di Lapangan Terbang Miri kira-kira jam 2 petang.

Suspek kemudianny­a dieskot dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri sejurus tiba di Lapangan Terbang Miri.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan suspek terbabit.

 ??  ?? ABUN
ABUN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia