Utusan Borneo (Sarawak)

Hampir semua peniaga, pekerja di bandar Sibu sudah divaksin

Ada yang mencetak sijil vaksinasi digital sebagai bukti: Dr Annuar

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Penyelaras Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu Dr Annuar Rapa’ee berpuas hati apabila hampir 100 peratus peniaga dan pekerja di sekitar pusat bandar Sibu telah menerima sekurangku­rangnya dos pertama vaksin COVID-19.

Beliau berkata demikian selepas melakukan aktiviti meninjau pemilik premis perniagaan dan pekerja mereka di sekitar pusat bandar Sibu, semalam.

Tinjauan itu turut disertai oleh Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Clarence Ting dan kaunselork­aunselor MPS.

Selepas tinjauan ini, saya dapati hampir 100 peratus pengusaha premis perniagaan di sini telah mendapat vaksin

” sekurang-kurangnya satu dos.

Dr Annuar Rapa’ee

Penyelaras JPBB Sibu

“Hari ini (semalam) saya bersama Pengerusi MPS dan para kaunselor meronda ke setiap premis perniagaan untuk bertanya kepada masyarakat dan pekerja terutama pekerja di kedai kopi adakah mereka sudah divaksin atau belum.

“Sebab kita sedia maklum bahawa SOP (prosedur operasi standard) terkini menyatakan hanya pengusaha makanan termasuk semua pekerja yang telah menerima sekurangku­rangnya dos pertama vaksin COVID-19 dibenarkan bekerja di kedai yang ingin beroperasi secara ‘dine-in’.

“Selepas tinjauan ini, saya dapati hampir 100 peratus pengusaha premis perniagaan di sini telah mendapat vaksin sekurang-kurangnya satu dos,” kata Dr Annuar menerusi hantaran video secara langsung aktiviti tinjauan tersebut di Facebook rasminya, semalam.

Menerusi tinjauan itu, Dr Annuar yang juga Menteri Muda Kerajaan Tempatan turut bertanya kepada pelanggan yang duduk di kedai kopi mengenai vaksinasi mereka.

Rata-rata pemilik kedai kopi dan pekerja serta pelanggan yang ditemui mengatakan sudah menerima vaksin sambil menunjukka­n sijil vaksinasi digital yang dicetak sebagai bukti telah divaksin.

“Saya amat berpuas hati apabila kita menjalanka­n rondaan di sekitar pusat bandar Sibu hari ini (semalam).

“Semua yang kita tanya mengatakan telah divaksin sekurangny­a satu dos. Ini adalah satu usaha kita untuk memastikan penduduk kita hampir 100 peratus mendapat vaksin,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Kesihatan Awam, Alam Sekitar dan Perkhidmat­an Perbandara­n MPS, Kaunselor Jenny Ting berkata, pihak MPS akan mengeluark­an satu sijil pengesahan kepada pemilik kedai kopi untuk dilekatkan pada dinding sebagai membuktika­n semua pekerja kedai tersebut telah menerima vaksin.

Sehubungan itu katanya, pihak jawatankua­sa sedang giat mengedarka­n borang untuk mengumpul data dan maklumat vaksinasi terhadap pemilik kedai dan pekerja mereka.

“Bagi yang telah divaksin, mereka perlu mengisi borang dengan nama, kad pengenalan dan tarikh dos pertama dan kemudian mereka perlu membuat cetakan sijil vaksinasi untuk pengesahan.

“Jika semua maklumat diberikan lengkap, kita akan keluarkan sijil pengesahan vaksinasi kepada kedai kopi terbabit. Jadi, semua pelanggan selamat untuk ‘dine-in’,” katanya.

 ??  ?? TERBAIK: Dr Annuar memberikan isyarat bagus kepada salah seorang pelanggan di kedai kopi yang menunjukka­n sijil vaksinasi digital yang dicetak dari MySejahter­a sebagai bukti telah divaksin.
TERBAIK: Dr Annuar memberikan isyarat bagus kepada salah seorang pelanggan di kedai kopi yang menunjukka­n sijil vaksinasi digital yang dicetak dari MySejahter­a sebagai bukti telah divaksin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia