Utusan Borneo (Sarawak)

Pengusaha premis makanan perlu patuhi SOP terkini: MPS

-

SIBU: Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) menyeru kerjasama pengusaha premis makanan di sekitar bandar ini untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah disemak semula oleh kerajaan.

Pengerusi MPS Clarence Ting berkata, ini sejajar dengan keputusan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) yang telah menyemak semula SOP bagi semua sektor makanan semasa negeri melangkah ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Antara lain menurut beliau, semua premis makanan dibenarkan ‘dine-in’ bermula 16 Julai 2021, terutama premis di mana pengusaha dan pekerja sekurang-kurangnya telah mendapat satu dos vaksin.

“Berdasarka­n SOP yang disemak semula ini, pengusaha kedai juga perlu mempamerka­n had maksimum pelanggan yang dibenarkan untuk makan di dalam premis.

“Kapasiti pelanggan yang dibenarkan makan di dalam premis adalah dihadkan kepada 50 peratus serta tidak lebih 100 orang pada satusatu masa,” ujarnya dalam Facebook, semalam.

Di samping itu menurut Ting, jumlah pelanggan yang makan di satu meja juga bergantung kepada saiz meja yang telah ditetapkan.

“Jarak fizikal harus dijaga pada setiap masa,” tegasnya.

Menyentuh mengenai bistro, Ting berkata hanya bistro yang berlesen dengan MPS dan mempunyai dapur bagi penyediaan makanan dibenarkan beroperasi.

“Hiburan dan muzik adalah dilarang di semua premis bistro yang berlesen semasa waktu operasi,” tambahnya.

Beliau memberitah­u, semua premis makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 10 malam, selain premis perlu dibersihka­n setiap hari selepas waktu operasi.

“Mana-mana pengusaha yang gagal mematuhi SOP akan dikenakan kompaun dan bagi yang melakukan kesalahan sama, akan diarah tutup 14 hari.

“Semua pengusaha perlu mematuhi SOP yang telah dikeluarka­n oleh JPBNS, Majlis Keselamata­n Negara, Kementeria­n Kesihatan Malaysia, Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan atau MPS,” ujar Ting.

 ??  ?? TINJAU: Ting (kiri) berbual dengan seorang pengusaha premis makanan di Jalan Sanyan.
TINJAU: Ting (kiri) berbual dengan seorang pengusaha premis makanan di Jalan Sanyan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia