Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan program vaksinasi waktu petang, memudahkan golongan bekerja

-

SIBU: Terdapat perancanga­n bagi menjalanka­n program vaksinasi pada sebelah petang bagi memberi kemudahan kepada mereka yang bekerja, ujar Kaunselor Joseph Chieng.

Menurut Chieng, idea itu adalah untuk memastikan sebanyak mungkin orang ramai divaksin dalam usaha melawan COVID19.

“Ada yang terpaksa kerja pada sebelah siang untuk mencari rezeki. Jadi, kita berfikir sama ada kita dapat melakukan program ini pada sebelah petang seperti Pusat Pemberian Vaksin Bergerak menggunaka­n bas.

“Ini merupakan perancanga­n kita yang seterusnya,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di PPV Xin Fu Yuan Methodist Church, Persiaran Brooke semalam.

Chieng yang bertanggun­gjawab bagi PPV terbabit berkata, pasukan sukarelawa­n akan terus mendaftark­an orang ramai dari pintu ke pintu bagi mencari mereka yang belum divaksin.

“Pasukan sukarelawa­n ini telah pergi ke kawasan Tiong Hua. Seterusnya kita akan pergi ke kawasan Tong Sang sehingga ke Jalan Bukit Assek, Jalan Kapor, Jalan Amoy dan Jalan Lanang,” jelasnya.

Mengenai sambutan di PPV Xin Fu Yuan Methodist Church, beliau gembira dengan jumlah yang hadir serta proses vaksinasi yang berjalan lancar.

“Sehingga jam 11 pagi, 326 orang telah divaksin,” ujarnya sambil menambah 850 orang telah divaksin di PPV sama kelmarin.

Program selama tiga hari yang akan berakhir 18 Julai, menyasarka­n 3,000 penerima vaksin.

Sementara itu, Pertubuhan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cawnagan Sibu menyumbang­kan 24 botol pencuci tangan kepada PPV Xin Fu Yuan Methodist Church.

Sumbangan disampaika­n kepada Chieng oleh Pegawai Pengursan PBSM Sibu, Tang Chung Ping.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia