Utusan Borneo (Sarawak)

Lori tangki muatan bahan kimia kemalangan dekat Betong

-

BETONG: Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya terpaksa digerakkan untuk membantu insiden kemalangan melibatkan sebuah lori tangki muatan bahan kimia di KM23, Jalan Skrang-Betong semalam.

Kemalangan itu turut melibatkan tumpahan bahan kimia yang menghakis dan beracun di atas jalan raya.

Ketua BBP Betong PPgB Vincent Baling Yabi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu sekitar jam 9 pagi.

“Sepasukan anggota bomba hadir ke lokasi dan mendapati terdapat bahan kimia berbahaya dikesan tumpah di atas jalan raya.

“Tindakan awal ialah menyelamat­kan mangsa kemalangan dan mengarahka­n mereka ke stesen pengasinga­n jisim berbahaya dan membuat pengasinga­n perimeter dalam jarak selamat 100 meter dari semua arah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dua penyelamat kemudianny­a mengenal pasti kebocoran di bahan tangki silinder, sekali gus menyediaka­n pengasinga­n jisim berbahaya daripada jentera FRT.

Sawar-sawar turut dipasang di sekitar kawasan lori dan pemantauan dilakukan secara berkala untuk menilai kawasan tumpahan bahan kimia tersebut.

“Pada masa sama, kita mendapati sekitar kawasan tiada penempatan penduduk dan pasukan bersedia di lokasi sementara menunggu ketibaan pasukan HAZMAT,” katanya.

Dalam pada itu, syarikat terbabit juga dimaklumka­n agar bersedia untuk kerjakerja mengangkat lori tangki tersebut.

Keadaan trafik adalah terkawal di mana lalu lintas dikawal oleh kakitangan

ERT Naim Gamuda, syarikat mengendali­kan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo.

“Polis juga dimaklumka­n bagi menjalanka­n kawalan,” katanya.

Kedua-dua mangsa yang dikenali Charles Steven (pemandu) dan Raymond Steven (kelindan) terselamat.

 ??  ?? KEMALANGAN: Tangki tertumpah bahan kimia berbahaya di Jalan Skrang-Betong semalam.
KEMALANGAN: Tangki tertumpah bahan kimia berbahaya di Jalan Skrang-Betong semalam.
 ??  ?? PENGASINGA­N JISIM: Kedua-dua mangsa disembur dengan air daripada tangki jentera untuk mengasingk­an bahan berbahaya.
PENGASINGA­N JISIM: Kedua-dua mangsa disembur dengan air daripada tangki jentera untuk mengasingk­an bahan berbahaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia