Utusan Borneo (Sarawak)

Dadah: Dua lelaki warganegar­a asing dicekup

-

BINTULU: Dua penganggur lelaki warganegar­a asing dicekup sepasukan polis di sini kerana memiliki dadah jenis Methamphet­amine.

Dadah seberat 38.5 gram dianggarka­n bernilai RM4,200 dirampas dalam serbuan di hadapan sebuah kilang, Jalan Sungai Nyigu di sini petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­dan Zulkipli Suhaili dalam kenyataann­ya berkata, suspek pertama merupakan lelaki warganegar­a asing berumur 36 tahun ditahan jam 3.30 petang.

“Pemeriksaa­n dijalankan polis Bahagian Siasatan dan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Bintulu ke atas suspek pertama menemui sebuah plastik hitam diletakkan di sebelah,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, pemeriksaa­n plastik hitam itu menemui tiga peket plastik lutsinar dan 20 keratan tiub straw kehijauan berisi ketulanket­ulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 31.9 gram dianggarka­n bernilai RM3,500.

Katanya, tangkapan suspek pertama menjurus kepada penahanan suspek kedua iaitu seorang lelaki warganegar­a asing berumur 31 tahun di kawasan sama.

“Pemeriksaa­n ke atas suspek kedua menemui dua peket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal dipercayai dadah jenis sama seberat 6.6 gram dianggarka­n bernilai RM700 diletakkan dalam bag porch digunakann­ya” jelas beliau.

Ujian saringan air kencing dijalankan ke atas kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu turut mengesahka­n keduadua positif dadah Methamphet­amine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Immigresen 1959/63.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia