Utusan Borneo (Sarawak)

Merenung ke Temburong, melepas rindu di sempadan

Rindukan anak, cucu dan cicit, Kassim Jais luang masa di sempadan Jalan Pandaruan dan Daerah Temburong, Brunei

- Oleh Mastura Ismail

Ayah teringin nak melihat perkampung­an dan suasana di kawasan sempadan Temburong yang dipisahkan oleh sebatang sungai, iaitu Sungai Pandaruan yang lebarnya hanya kirakira 50 meter, demi melepaskan rindu

” terhadap anak, cucu dan cicitnya.

LIMBANG: Seorang lelaki warga emas meluangkan masa 15 minit di sempadan Jalan Pandaruan dekat sini dan Daerah Temburong, Brunei kelmarin untuk melepaskan kerinduan terhadap anak, cucu dan cicitnya yang terpisah sejak dua tahun lalu.

Arni Kassim, memandu lebih 15 kilometer ke sempadan itu demi memenuhi permintaan ayahnya, Kassim Jais, 88, yang kerap kali meluahkan rasa rindu terhadap anak keempatnya, Dayang Siah, 56, yang berada di Temburong.

Katanya, mereka sudah lama tidak bertemu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuas­akan pada Mac tahun lalu dan larangan rentas negeri yang

Anak

tidak dibenarkan sehingga sekarang.

“Ayah teringin nak melihat perkampung­an dan suasana di kawasan sempadan Temburong yang dipisahkan oleh sebatang sungai, iaitu Sungai Pandaruan yang lebarnya hanya kira-kira 50 meter, demi melepaskan rindu terhadap anak, cucu dan cicitnya,” katanya kepada media, semalam.

Arni berkata, ayahnya banyak menghabisk­an masa merenung jauh ke Temburong di seberang Sungai Pandaruan, sambil mengenang kisah lama semasa pengangkut­an feri digunakan di sempadan itu suatu masa dahulu.

“Sebelum ini, ayah hanya bercakap melalui panggilan telefon dan video saja untuk melepaskan kerinduan terhadap anak, cucu dan cicit di Brunei.

“Kebetulan ada masa terluang dan kelonggara­n di bawah Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara Fasa (PPN) sekarang, saya berpeluang membawa beliau ke sempadan hujung Jalan Pandaruan dan Temburong Brunei semalam (kelmarin),” katanya lagi.

Kassim mempunyai lapan anak dan hanya Dayang Siah menetap di Temburong, manakala tujuh adik-beradik lain menetap di Limbang, Selangor dan Lawas.

Katanya Arni lagi, hanya kakaknya di Brunei yang sukar merentas sempadan

Arni Kassim

untuk bertemu dengan keluargany­a dan adik-beradik yang lain.

Beliau juga berharap pandemik COVID-19 kembali pulih dan sempadan keduadua negara antara Malaysia dan Brunei dapat dibuka semula tidak lama lagi.

 ??  ?? RINDU: Kassim merenung perkampung­an di Temburong, Brunei di sempadan Jalan Pandaruan, Limbang kelmarin.
RINDU: Kassim merenung perkampung­an di Temburong, Brunei di sempadan Jalan Pandaruan, Limbang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia