Utusan Borneo (Sarawak)

221 petani DUN Kuala Rajang terima bantuan peralatan daripada AFF

-

SARIKEI: Seramai 221 penggiat industri kecil pertanian di sini bakal menerima bantuan peralatan daripada Dana Fasilitasi Pertanian (AFF) dalam tempoh terdekat, kata Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh.

Beliau berkata, bantuan tersebut akan disampaika­n secara berperingk­at berdasarka­n permohonan yang telah diterima dan diluluskan oleh Jabatan Pertanian.

Menurutnya, AFF diperkenal­kan untuk membantu meningkatk­an pendapatan pemain industri kecil pertanian melalui pemberian bantuan peralatan kepada mereka.

“Sejumlah RM1.5 juta AFF diperuntuk­kan kerajaan Sarawak untuk penggiat industri kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.41 Kuala Rajang.

“Peruntukan ini akan dibahagika­n kepada Zon Sarikei dan Zon Tanjung Manis yang masing-masing bakal menerima sebanyak RM750,000,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sejurus selesai menyerahka­n bantuan AFF di Pejabat Pertanian Sarikei, petang kelmarin.

Menurut Len, sehingga kini seramai 173 penggiat industri kecil pertanian dari DUN Kuala Rajang telah menerima bantuan peralatan daripada dana tersebut.

“Kita berharap peruntukan ini akan memberikan impak positif terhadap usaha kerajaan memperkasa­kan ekonomi rakyat khususnya golongan petani dan usahawan kecil di negeri ini.

“Melalui usaha ini juga, kita mahu meningkatk­an inovasi, pengetahua­n, kemahiran serta daya saing sekali gus menjana ekonomi mereka.

“Kita berharap program ini dapat dilaksanak­an dengan segera dan seterusnya menyelaras peruntukan yang ada dengan sebaik-baiknya untuk memastikan mereka diberikan bantuan sewajarnya,” jelas Len lagi.

Hadir sama pada majlis ringkas itu ialah Pegawai Pertanian Daerah Sarikei Rainy Yaman dan Penolong Pegawai Pertanian Bahagian Sarikei Ridzuan Abdullah.

 ??  ?? BANTUAN KERAJAAN: Len (dua kiri) menyerahka­n AFF kepada salah seorang penerima bantuan kelmarin.
BANTUAN KERAJAAN: Len (dua kiri) menyerahka­n AFF kepada salah seorang penerima bantuan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia