Utusan Borneo (Sarawak)

NSJA terus menyantuni petugas barisan hadapan menerusi ‘Program Prihatin Kasih’

-

MIRI: ‘Program Prihatin Kasih’, aktiviti tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) untuk petugas barisan hadapan diteruskan dengan sumbangan di empat sekatan jalan raya (SJR) dan dua pusat pemberian vaksin (PPV) di sini, baru-baru ini.

Presidenny­a Andy Jong berkata, empat SJR yang dikunjungi ialah di Jalan Bakam Miri berhadapan Balai Polis Tanjong Lobang, Jalan Miri-Bintulu di hadapan Balai Polis Trafik Miri, di simpang Sungai Rait dan Jalan Lambir di simpang Kampung Tunku Abdul Rahman.

“Sarawak telah memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan dua SJR yang masih beroperasi ialah di simpang Sungai Rait dan Jalan Lambir.

“Barangan sumbangan kepada petugas di SJR daripada penderma yang enggan mendedahka­n nama beliau ialah seperti biskut, air minuman dan pelitup separuh muka untuk diagihkan di empat SJR,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Andy berkata, pengagihan sumbangan di dua PPV pula adalah di Dewan Eastwood Valley dan Dewan Dato’ Lee Teck Fook, Riam Road Secondary School.

“Barangan sumbangan daripada Indocafe adalah berupa minuman tiga dalam satu, air minuman, dan roti diagihkan di dua PPV ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Andy berkata program ini bertujuan bagi menghargai pengorbana­n dan jasa petugas barisan hadapan yang banyak menyumbang tenaga demi memutuskan rantaian jangkitan serta menangani penularan

COVID-19.

“Aktiviti CSR kepada pertugas barisan hadapan ini merupakan program julung kali NSJA adakan selepas pandemik COVID-19 mula melanda negara kita sejak Mac tahun lepas.

“NSJA begitu menghargai jasa dan pengorbana­n petugas barisan hadapan dan dengan program ini sekaligus membudayak­an nilai menghargai jasa petugas perkhidmat­an kesihatan dan keselamata­n awam,” jelasnya.

Kunjungan NSJA ini disertai Setiausaha NSJA Michelle Choo, Naib Bendahari NSJA Esther Ching, dan Ahli Jawatankua­sa Alan Yong dan Liew Li Mui.

 ??  ?? SUMBANGAN: NSJA menyampaik­an sumbangan kepada petugas di PPV Dewan Eastwood Valley.
SUMBANGAN: NSJA menyampaik­an sumbangan kepada petugas di PPV Dewan Eastwood Valley.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia