Utusan Borneo (Sarawak)

FKRK 2021 kembali meriahkan industri seni, budaya tempatan

-

KUCHING: Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menganjurk­an Festival Kesenian Rakyat Kelate (FKRK) @ Online 2021.

Program tahunan yang terhenti seketika pada 2020 ini kembali memeriahka­n industri seni dan budaya tempatan dengan himpunan kekayaan dan keunikan seni budaya masyarakat Kelantan melalui saluran media sosial JKKN TV.

FKRK 2021 menyajikan penonton dengan pelbagai pengisian yang dapat menghidupk­an aktiviti kekeluarga­an semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Antara elemen kesenian dan kebudayaan masyarakat Kelantan yang ditampilka­n ialah makyung, dikir barat, tarian rakyat, lagu rakyat, alat muzik tradisiona­l, rebana ubi, dikir laba, gasing uri, makanan tradisiona­l, artis kelahiran Kelantan, lokasi pelanconga­n menarik dan banyak lagi.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, penganjura­n pelbagai acara seni dan budaya seperti festival ini adalah salah satu usaha kerajaan membuka lebih banyak peluang kepada penggiat industri dalam mengetenga­hkan produk seni dan budaya ke peringkat antarabang­sa.

Beliau turut menggalakk­an agar program kesenian tradisiona­l yang terdapat di negara ini dipromosi dan dipopulark­an di luar negara melalui pelbagai medium selari dengan perkembang­an teknologi semasa.

Tambahnya, ini adalah juga penting bagi memastikan nilai-nilai kesenian dan kebudayaan subur dan terus berkembang dalam kalangan masyarakat Malaysia.

“Aplikasi teknologi masa kini sememangny­a mampu membantu dalam mempromosi­kan produk seni budaya di negeri Kelantan.

“Saya percaya dengan kualiti produk dan kaedah promosi secara digital dapat membantu negara dalam menyumbang ke arah tarikan kehadiran pelancong,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Dalam menyampaik­an mesej kepada masyarakat Malaysia mengenai kepentinga­n imunisasi terhadap COVID-19 Nancy berkata, animasi wayang kulit Wok Yoh, Samad dan Said terbitan Art Media Production­s serta video kempen daripada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan vaksinasi turut menjadi sebahagian rancangan yang disiarkan.

Jelasnya, program ini turut dimuatkan dengan slot tazkirah kerohanian oleh pendakwah terkenal Ustaz Haslin Bollywood, Ustaz Nabil Ahmad dan Datuk Tuan Asmawi Tuan Omar.

“Untuk maklumat lanjut mengenai FKRK 2021, orang ramai boleh layari laman sesawang www.jkkn. gov.my atau laman sosial www.facebook.com/ mysenibuda­ya dan www. facebook.com/jkknkelant­an,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia