Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan Projek Tebingan Sri Aman bernilai RM12 juta lancar

Bakal jadi mercu tanda baharu Sri Aman apabila siap kelak: Harden

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kerja-kerja pembinaan Projek Tebingan Sri Aman di Sri Aman berjalan lancar dan dijangka siap dalam masa terdekat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis berkata, projek ini menelan kos keseluruha­n bernilai RM12 juta.

Pembinaann­yadibahagi­kan kepada tiga seksyen iaitu Waf (Tapak Pesta Benak), Laluan Pejalan Kaki dan Pusat Kebudayaan.

“Berdasarka­n taklimat oleh kontraktor utama projek, kerja-kerja pembinaan seksyen Tapak Pesta Benak telah mencapai 90 peratus kemajuan.

“Begitu juga dengan kerjakerja pembinaan Laluan Pejalan Kaki telah mencapai 90 peratus kemajuan, manakala Pusat Kebudayaan telah mencapai 74 peratus kemajuan,” katanya ketika lawatan ke tapak projek di Sri Aman, Khamis lalu.

Harden yang juga Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti menambah, projek tersebut bakal menjadi mercu tanda baharu Bandar Sri Aman apabila siap kelak.

Pihak kontraktor katanya, memberi jaminan untuk

Begitu juga dengan kerja-kerja pembinaan Laluan Pejalan Kaki telah mencapai 90 peratus kemajuan, manakala Pusat Kebudayaan telah

” mencapai 74 peratus kemajuan.

Datuk Francis Harden Hollis

ADUN Simanggang

menyiapkan Laluan Pejalan Kaki pada 21 Julai ini dan pemasangan atap bagi bangunan

Pusat Kebudayaan selewatlew­atnya akhir Ogos ini.

Harden turut mengambil maklum masalah yang dihadapi kontraktor ketika pelaksanaa­n projek ini dan berharap ia dapat diselesaik­an agar tidak mengganggu kelancaran projek.

Katanya, tanggungja­wab semua pihak dituntut terutama daripada agensi pelaksana untuk memantau kelancaran projek itu.

Hadir sama Wali Kota Majlis Daerah Sri Aman Anthony Abell Chendan serta wakil dari syarikat kontraktor utama dan perunding projek.

 ??  ?? TINJAU: Harden (kanan) meninjau kemajuan kerja-kerja pembinaan Projek Tebingan Sri Aman pada Khamis lepas.
TINJAU: Harden (kanan) meninjau kemajuan kerja-kerja pembinaan Projek Tebingan Sri Aman pada Khamis lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia