Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki disyaki miliki dadah direman empat hari

-

MIRI: Dua lelaki yang ditangkap kerana disyaki memiliki dadah berbahaya jenis Methamphet­amine masing-masing diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman empat hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah reman itu dikeluarka­n Pendaftar Mahkamah Rendah Nu’ur Hafiza Yatim setelah meluluskan permohonan yang dikemukaka­n pegawai penyiasat Inspektor Liew Wai Leong.

Dalam permohonan­nya, Liew berkata bertindak atas maklumat diterima sekitar jam 11.30 pagi Rabu lalu, sepasukan polis diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri, ASP Mingat Bakil telah membuat serbuan ke sebuah rumah yang terletak di Lorong Angkasa 1, Taman Jelita Fasa 3 Off Taman Tunku.

Semasa serbuan dilakukan, polis ternampak seorang lelaki telah membuang satu objek ke arah rumah sebelah, sementara seorang lelaki lain sedang berada di hadapan rumah tersebut.

Polis yang membuat pemeriksaa­n lanjut ke arah objek dibuang telah menjumpai satu peket plastik lutsinar mengandung­i ketulan-ketulan kristal disyaki dadah berbahaya jenis Methamphet­amine dengan anggaran berat 7.1 gram.

Barang disyaki dadah kemudian dirampas dan keduadua suspek ditangkap serta dibawa ke pejabat BSJND Miri untuk disiasat lanjut di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Dalam permohonan lanjutnya, Liew berkata reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas kedua-dua suspek yang berusia 37 dan 35 tahun masing-masing dari Jalan Dato Galau, Baram dan Long Anap, Baram amat diperlukan untuk membolehka­n polis melengkapk­an kertas siasatan.

Mahkamah membenarka­n permohonan itu dan memerintah­kan kedua-dua suspek direman sehingga 20 Julai ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia