Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki disyaki cederakan lelaki lain direman empat hari

-

MIRI: Dua lelaki masing-masing diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman empat hari kerana disyaki dengan sengaja mencederak­an seorang lelaki lain.

Kedua-dua suspek yang berusia 23 dan 38 tahun masing-masing dari Bandar Baru Permyjaya dan Pujut Corner di sini diperintah­kan menjalani reman itu di lokap Balai Polis Pusat Miri mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Menurut keterangan pegawai penyiasat Inspektor Mohammad Nashriq Noring ketika mengemukak­an permohonan reman memberitah­u pada petang 15 Julai lalu, seorang anggota yang bertugas di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri ada menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki.

Pemanggil memberitah­u rumahnya yang terletak di Jalan Taman Piasau Edar di sini telah dimasuki oleh orang yang tidak dikenali yang kemudian bertindak menyerangn­ya.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 8.30 malam kelmarin di sebuah rumah di Pujut Corner di sini, polis telah menangkap dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes ini.

Berikutan tangkapan itu, kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Sehubungan itu dalam permohonan lanjutnya, Nashriq berkata reman selama empat hari ke atas kedua-dua suspek amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini yang dibuat mengikut Seksye 324 Kanun Keseksaan.

Majistret Leona Dominic Mojiliu membenarka­n permohonan itu dan memerintah­kan kedua-dua suspek direman empat hari sehingga 20 Julai ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia