Utusan Borneo (Sarawak)

Bakul Prihatin Negara terima 4,027 permohonan sejak dibuka: Rina

-

SEBANYAK 4,027 permohonan telah diterima sejak permohonan bantuan Bakul Prihatin Negara dibuka pada Khamis, kata Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1,929 permohonan diterima melalui bilik gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 1,359 menerusi Talian Kasih dan 739 daripada aplikasi WhatApps.

“Walaupun pada asalnya bantuan Bakul Prihatin Negara ini dijadualka­n bermula pada 19 Julai, tetapi saya mengambil tindakan proaktif untuk turun menyampaik­an bantuan ini lebih awal melihat kepada jumlah permohonan yang diterima,” katanya ketika menyampaik­an bantuan tersebut di Kampung Datuk Keramat dan Wangsa Maju di Kuala Lumpur, kelmarin.

Rina berkata, bantuan secara menyeluruh itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat sama ada daripada kumpulan M40, B40, atau T20.

“Kita sedar ramai yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan sesiapa yang memerlukan bantuan bakul makanan boleh menghubung­i Talian Kasih 15999, WhatApps 019 2615999, pejabat JKM daerah berdekatan atau menerusi media sosial rasmi Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM),” katanya.

Rina berkata, bantuan ini adalah kesinambun­gan daripada pakej rangsangan yang diumumkan sebelum ini seperti PERMAI dan PEMULIH dan kira-kira 1.5 juta bakul makanan telah diagihkan kepada penerima melalui JKM sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0.

Seorang penerima Safrizal

Muin, 62, pemandu lori yang hilang pekerjaan sejak PKP 1.0, berkata, beliau terkejut apabila menerima panggilan yang menyatakan bantuan akan disampaika­n sendiri oleh menteri.

“Saya berasa terharu dengan pemberian ini. Setelah hilang pekerjaan, pendapatan kami sekeluarga bergantung kepada hasil jualan nasi lemak isteri saya dan empat anak saya menjalanka­n perkhidmat­an penghantar­an makanan,” katanya yang mempunyai masalah kesihatan kronik dan kini hanya bergerak dengan menggunaka­n kerusi roda.

Seorang ibu tunggal, Low Pui Fun, 47, berkata beliau baharu membuat permohonan pada Khamis dan teruja apabila bantuan disampaika­n dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

“Apabila mendengar pengumuman Perdana Menteri semalam (Khamis), saya cuba untuk membuat permohonan, tidak sangka bantuan diterima secepat ini. Banyak jenis makanan diberikan, saya boleh tukar selera, sebelum ini hanya makan telur sahaja,” katanya yang sudah setahun diberhenti­kan kerja.

Bantuan disampaika­n oleh Sukarelawa­n Skuad Prihatin Negara di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan setiap bakul makanan bernilai RM50 itu mengandung­i beras, gula, tepung gandum, bihun, kicap, sardin, biskut, kopi dan garam.

Pada Khamis, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumka­n program itu sebagai tindak balas proaktif terhadap senario dihadapi rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 membabitka­n peruntukan RM21 juta. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERAMAH MESRA: Rina (kiri) beramah mesra bersama Safrizal (kanan), pada Tinjauan dan Pemantauan Proses Pengagihan Bakul Prihatin Negara di Kampung Datuk Keramat di Kuala Lumpur, kelmarin.
— Gambar Bernama BERAMAH MESRA: Rina (kiri) beramah mesra bersama Safrizal (kanan), pada Tinjauan dan Pemantauan Proses Pengagihan Bakul Prihatin Negara di Kampung Datuk Keramat di Kuala Lumpur, kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN: Rina (kiri) menyampaik­an sumbangan Bakul Prihatin kepada Safrizal (kanan) ketika melakukan tinjauan dan pemantauan proses pengagihan Bakul Prihatin Negara di Kampung Datuk Keramat di Kuala Lumpur, kelmarin.
— Gambar Bernama SUMBANGAN: Rina (kiri) menyampaik­an sumbangan Bakul Prihatin kepada Safrizal (kanan) ketika melakukan tinjauan dan pemantauan proses pengagihan Bakul Prihatin Negara di Kampung Datuk Keramat di Kuala Lumpur, kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? PENGAGIHAN: Rina (kanan) menyampaik­an sumbangan Bakul Prihatin kepada Low (kiri) ketika melakukan tinjauan dan pemantauan proses pengagihan Bakul Prihatin Negara di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, kelmarin.
— Gambar Bernama PENGAGIHAN: Rina (kanan) menyampaik­an sumbangan Bakul Prihatin kepada Low (kiri) ketika melakukan tinjauan dan pemantauan proses pengagihan Bakul Prihatin Negara di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? BEKALAN: Rina melihat bekalan Bakul Prihatin ketika Tinjauan dan Pemantauan Proses Pengagihan Bakul Prihatin Negara di Kampung Datuk Keramat di Kuala Lumpur, kelmarin.
— Gambar Bernama BEKALAN: Rina melihat bekalan Bakul Prihatin ketika Tinjauan dan Pemantauan Proses Pengagihan Bakul Prihatin Negara di Kampung Datuk Keramat di Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia