Utusan Borneo (Sarawak)

Bakul makanan hapus kerisauan ibu tunggal

-

KERISAUAN yang dialami seorang ibu tunggal terhadap kelangsung­an hidup berikutan tidak dapat menjana pendapatan untuk keluarga sepanjang pandemik COVID19 reda apabila menjadi antara penerima bantuan bakul makanan yang disediakan kerajaan.

Selasiah Md Isa, 43, yang menjana pendapatan dengan membuat kuih-muih secara kecil-kecilan selepas kematian suami dua tahun lepas, berkata dia kini mensyukuri segala ditakdirka­n untuknya dan keluarga selain mereka kini tidak lagi perlu mengikat perut.

“Sebab itu apabila dapat bakul makanan yang ada pelbagai makanan kering ini, saya berasa lega sangat. Ada beras, cukuplah, ikan saya pancing di sungai, sayur ulam kutip tepi rumah saja,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Padang Hasan, Kepala Batas dekat Alor Setar, kelmarin.

Sebelum ini, tugas mencari rezeki terletak sepenuhnya di bahu arwah suaminya Ismail Husin yang bekerja sebagai pemandu lori, manakala Selasiah hanya menguruska­n rumah tangga. Pasangan itu dikurniaka­n lima cahaya mata, termasuk seorang anak lelaki istimewa (sindrom down) berusia empat hingga 17 tahun.

“Suami meninggal dunia akibat pelbagai penyakit kronik dan sebelum ini saya ada buat kuih-muih sedikit untuk sara keluarga, tapi sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan banyak kes COVID-19, saya dah tak berani nak ke sana sini sebab anak saya yang kurang upaya ini doktor kata antibodi dia tak kuat, jadi takut terbawa balik penyakit kepadanya,” katanya.

Selasiah berkata, dia kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan kewangan daripada Lembaga Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meneruskan kehidupann­ya.

“Saya juga bersyukur sebab pemimpin masyarakat dan orang di kampung ini banyak membantu saya dan saya juga menerima bakul makanan daripada banyak pihak dan cukuplah untuk kami sekeluarga,” katanya.

Perasaan sama turut dikongsi seorang lagi penerima bantuan bakul makanan, Sofiah Abu Seman, 44, menghidap pelbagai komplikasi penyakit kronik sehingga memaksa suaminya berhenti kerja semata-mata untuk menguruska­nnya yang kini bergelar Orang Kurang Upaya (OKU).

Sofiah yang kudung kaki kiri selepas diamputasi pada 2019 akibat kencing manis, bukan sahaja terpaksa berkerusi roda, malah buah pinggangny­a juga tidak berfungsi dengan baik dan terpaksa bergantung kepada rawatan hemodialis­is.

“Buah pinggang saya perlu dicuci empat kali sehari (cuci air), rumah tangga dan anak (seorang lelaki) perlu diberi perhatian supaya persekolah­an dia sempurna, jadi suami ambil keputusan untuk berhenti kerja lebih kurang tiga tahun lepas, sebelum ini lama dia kerja di kilang itu.

“Sejak itu kami tiada sumber pendapatan tetap, tapi suami bela ayam kampung sikit, tanam sayur, cukuplah untuk makan kami tiga beranak. Hampir setiap hari juga suami akan pergi ambil makanan percuma yang disediakan untuk orang susah (tajaan seorang usahawan),” katanya yang berasal dari Kampung Selarong Panjang dekat Alor Setar.

Sofiah berkata, walaupun hidup dalam serba kekurangan, dia dan suami Karin Md Saad, 47, beruntung kerana sering dibantu adik-beradik dan masyarakat setempat manakala bantuan bakul makanan disediakan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan turut meringanka­n beban ditanggung.

“Rasa lapang sangat apabila dapat bantuan ini macam beras, bihun, biskut dan gula, tidak perlu dah keluar belanja untuk barang-barang asas ni,” katanya yang kini tinggal di rumah pusaka keluarga suaminya.

Katanya, dengan bantuan diterima, mereka tidak perlu mengikat perut dan tumpuan sepenuhnya boleh diberikan kepada proses pembelajar­an anaknya, Muhammad Arif Ramadhan Karin, 13, pelajar di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HILANG PENDAPATAN: Salasiah (kanan) yang menetap di Kampung Padang Hassan, Kepala Batas, hilang punca pendapatan selepas kematian suaminya, Ismail Husin. Dengan bantuan bakul makanan sedikit sebanyak memberi kelegaan kepadanya untuk menikmatin­ya bersama lima orang anaknya. Salasiah berkata sebelum ini tugas mencari rezeki digalas sepenuhnya di bahu arwah suaminya, manakala beliau hanya seorang suri rumah tangga dan menguruska­n rumah tangga. Kelihatan Salasiah (kanan) menguruska­n salah seorang anaknya yang menghidap sindrom down di Alor Setar.
— Gambar Bernama HILANG PENDAPATAN: Salasiah (kanan) yang menetap di Kampung Padang Hassan, Kepala Batas, hilang punca pendapatan selepas kematian suaminya, Ismail Husin. Dengan bantuan bakul makanan sedikit sebanyak memberi kelegaan kepadanya untuk menikmatin­ya bersama lima orang anaknya. Salasiah berkata sebelum ini tugas mencari rezeki digalas sepenuhnya di bahu arwah suaminya, manakala beliau hanya seorang suri rumah tangga dan menguruska­n rumah tangga. Kelihatan Salasiah (kanan) menguruska­n salah seorang anaknya yang menghidap sindrom down di Alor Setar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia