Utusan Borneo (Sarawak)

COVID: Deretan van jenazah, pemandanga­n pilu di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21

-

KEADAAN di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, dekat Shah Alam tidak seperti hari biasa apabila deretan van jenazah dilihat keluar masuk ke kawasan tersebut bagi proses pengebumia­n dipercayai melibatkan jenazah pesakit COVID-19.

Suasana pilu dirasai di luar kawasan tanah perkuburan tersebut dengan kedengaran tangisan serta alunan bacaan ayat suci al-Quran oleh waris-waris jenazah yang setia menunggu sejak jam 4.30 petang kelmarin.

Deretan enam van jenazah yang dipandu petugas kesihatan lengkap berpakaian perlindung­an diri (PPE) diiringi anggota polis dilihat tiba di pintu pagar utama tanah perkuburan itu pada 7.40 malam, disusuli ketibaan enam lagi jenazah dibawa oleh pasukan sama pada 9.20 malam.

Media difahamkan (dari seorang daripada penggali kubur di tanah perkuburan itu), sejak pagi hingga 5 petang kelmarin sebanyak 14 jenazah pesakit COVID19 telah selesai dikebumika­n dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Para wartawan dan jurugambar yang telah menunggu sejak petang kelmarin juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan tanah perkuburan tersebut.

Sementara itu, seorang anak kepada jenazah yang dikebumika­n, Irwan Tukiman, 39, berasa terkilan kerana tidak dapat menyempurn­akan pengebumia­n bapanya Tukiman Roslan, 75, yang menghembus­kan nafas terakhir di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) pada 7.52 pagi, Rabu lepas.

“Arwah bapa saya dimasukkan ke hospital sejak 4 Julai lepas akibat komplikasi pernafasan dan kurang tenaga kerana tiada selera makan. Arwah juga mempunyai kencing manis, darah tinggi serta kanser kelenjar air liur tetapi tidak menjalani kimoterapi.

“Saya hanya sempat membuat panggilan video dengan arwah sehari sebelum arwah meninggal dan ketika itu bapa boleh duduk dan tidak menunjukka­n apa-apa tanda yang dia akan pergi selamanya,” katanya kepada pemberita.

Irwan berkata 12 ahli keluargany­a, termasuk arwah bapanya yang berasal dari Batu 10, Kebun Baru, Telok Panglima Garang, Kuala Langat, dijangkiti COVID19 dan sebahagian daripada mereka ditempatka­n di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang manakala arwah ditempatka­n di HTAR.Sehingga 12 tengah hari kelmarin sebanyak 12,541 kes positif harian direkodkan seluruh negara di mana Selangor masih mencatatka­n kes tertinggi sebanyak 5,512 kes.

Sebanyak 53 kes kematian dicatatkan kelmarin menjadikan jumlah keseluruha­n 2,264 kes kematian di Selangor. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAUAN: Deretan van jenazah yang membawa enam daripada 12 jenazah pesakit COVID-19 dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk dikebumika­n ketika tinjauan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam.
— Gambar Bernama TINJAUAN: Deretan van jenazah yang membawa enam daripada 12 jenazah pesakit COVID-19 dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk dikebumika­n ketika tinjauan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PATUHI SOP: Petugas kesihatan yang lengkap berpakaian peralatan perlindung­an diri (PPE) ketika menguruska­n pengebumia­n jenazah pesakit COVID-19 dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam.
— Gambar Bernama PATUHI SOP: Petugas kesihatan yang lengkap berpakaian peralatan perlindung­an diri (PPE) ketika menguruska­n pengebumia­n jenazah pesakit COVID-19 dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia