Utusan Borneo (Sarawak)

PM minta negara pengeluar elak lambakan bekalan vaksin

Sebaliknya berkongsi dengan negara memerlukan berikutan rundingan untuk memperoleh bekalan itu mengambil masa

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin menyeru kuasa ekonomi yang menghasilk­an vaksin supaya mengelakka­n berlakunya lambakan bekalan dan sebaliknya berkongsi negara yang memerlukan berikutan rundingan untuk memperoleh bekalan itu mengambil masa.

Katanya, nasionalis­me vaksin dan lambakan bekalan itu adalah tidak produktif dalam usaha meningkatk­an kadar vaksinasi dan membuka laluan untuk pemulihan merentas negara.

Pada masa sama, beliau menggesa negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu memperkuku­hkan kerjasama untuk akses bekalan vaksin COVID-19 secara saksama dan mampu dibeli untuk kegunaan semua.

“Kami telah melihat bahawa terdapat hubung kait antara kejayaan program vaksinasi atau peningkata­n kadar inokulasi dan keupayaan mempercepa­tkan proses pemulihan ekonomi.

“Dengan penularan tinggi varian baharu, vaksin COVID-19 adalah penghubung nyawa bagi rakyat kita,” katanya semasa sesi intervensi pada Pemukiman Tidak Rasmi Pemimpin-Pemimpin APEC yang diadakan secara maya kelmarin.

Justeru, Perdana Menteri berkata ekonomi negara berdasarka­n antara kerajaan

perlu memastikan bahawa jurang vaksinasi global yang ketara bukanlah satu halangan dalam usaha mencapai imuniti kelompok dan serta mesti bertindak dengan bijak bagi memastikan tiada negara yang tertinggal di akhir garisan penamat COVID-19.

“Dengan semangat ini, sambil menekankan kepentinga­n memelihara insentif untuk inovasi, Malaysia menyokong inisiatif global untuk meningkatk­an kapasiti vaksin global termasuk menerusi rundingan di Pertubuhan Perdaganga­n Dunia (WTO) mengenai pengecuali­an sementara peruntukan tertentu pada Perjanjian Perdaganga­n WTO Berkaitan Aspek Hak Harta Intelek (TRIPS).

“Ini adalah langkah ke arah yang betul kerana keadaan luar biasa memerlukan langkah luar biasa,” katanya.

Muhyiddin berkata, walaupun ia menenangka­n untuk melihat keadaan tertentu kembali ke tahap normal dalam beberapa negara, namun banyak negara lain masih bergelut untuk memulihkan semula kestabilan ekonomi.

“Nasib yang pelbagai ini menjadi punca kepada kebimbanga­n. Realitinya, dalam dunia globalisas­i, kita semua saling bergantung dan salingan berkaitan dan ini memerlukan kita untuk mengambil tindakan segera dan tabah secara kolektif,” katanya.

Dalam notanya, Muhyiddin juga berkata pandemik COVID-19 telah banyak memberi kesan kepada kesalinghu­bungan rakyat kepada rakyat termasuk perjalanan rentas sempadan yang kini dianggap sebagai aktiviti berisiko tinggi.

“Ada pihak mungkin mengatakan ia adalah titik kepada permasalah. Membuka semula sempadan kami semasa era pandemik ini adalah berbahaya dan ia memerlukan perancanga­n amat teliti dan tahap keyakinan tertinggi daripada semua pihak,” katanya.

Beliau, bagaimanap­un, memuji Jepun dan rakan sejawatnya Yoshihide Suga kerana menganjurk­an temasya sukan terbesar iaitu Sukan Olimpik 2020 yang bermula minggu depan.

Menurut Muhyiddin, penganjura­n temasya sukan itu menjadi bukti pergerakan rentas sempanan mampu dilaksanak­an di bawah peraturan ketat dan persekitar­an terkawal.

Oleh itu, jelasnya, di sini terletakny­a peluang untuk APEC mencari jalan tengah dalam memulihkan semula industri pelanconga­n dan kesalinghu­bungan rakyat di rantau ini dalam persekitar­an yang selamat.

“Saya menggesa anggota negara APEC supaya membincang­kan usaha mewujudkan gelembung perjalanan dan aturan kuarantin serta mengiktira­f pensijilan vaksinasi tanpa mengetepik­an keperluan global yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbanga­n Awam Antarabang­sa (ICAO) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Muhyiddin berkata, semua mesti menerima hakikat bahawa industri pelanconga­n yang satu ketika dulu rancak dan menjadi pemangkin serta menjadi nadi kepada perniagaan khusus peniaga kecil, dilanda kesan teruk akibat pandemik ini.

Katanya, beliau berharap dan optimis bahawa perbincang­an pada sesi pemukiman ini akan menjadi asas kepada program perkongsia­n ilmu dan pembinaan kapasiti di APEC.

“Beberapa hasil perbincang­an ini boleh dimasukkan dalam pelaksanaa­n Visi Putrajaya 2040,” katanya.

Dengan penularan tinggi varian baharu, vaksin COVID-19 adalah

” penghubung nyawa bagi rakyat kita.

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia