Utusan Borneo (Sarawak)

Pemberhent­ian vaksin Sinovac tiada kaitan soal keberkesan­an

-

PUTRAJAYA: Pemberhent­ian pemberian vaksin Sinovac dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah kerana pembekalan­nya telah selesai dan tiada kaitan dengan soal keberkesan­annya, kata Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, Pharmaniag­a Bhd telah selesai membekalka­n 12 juta dos vaksin keluaran

China itu lebih awal daripada jadual asal kepada kerajaan.

“Kami akan menerima keseluruha­n penghantar­an (vaksin Sinovac) pada hujung bulan ini,” kata Khairy yang menolak spekulasi pemberhent­ian vaksin Sinovac dalam PICK berkaitan dengan soal keberkesan­annya.

Pharmaniag­a dalam kenyataan medianya memaklumka­n proses pembekalan vaksin

Sinovac untuk PICK telah selesai dengan kelompok dos terakhir akan dibekalkan pada 21 Julai ini. Kontrak Pharmaniag­a adalah membekalka­n sebanyak 12 juta dos vaksin Sinovac secara pengisian dan pembotolan dalam tempoh tujuh bulan iaitu antara Mei dan November 2021.

Khairy dalam sidang media perkembang­an PICK secara maya bersama Menteri

Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba kelmarin berkata, kerajaan memutuskan untuk menggunaka­n vaksin Pfizer-BioNTech bagi PICK mulai bulan depan manakala stok simpanan Sinovac hanya dikhususka­n untuk mereka yang mempunyai alahan terhadap vaksin lain.

“Untuk tujuan itu, kerajaan telah menempah tiga juta dos vaksin Sinovac untuk dijadikan stok simpanan. Tempahan ini akan diterima akhir Julai atau awal Ogos ini,” katanya.

Sehingga kini, negara telah menerima 6.66 juta bekalan vaksin jenis Pfizer-BioNTech termasuk kira-kira satu juta dos yang disumbangk­an oleh kerajaan Amerika Syarikat baru-baru ini.

Mengenai laporan media antarabang­sa berhubung sekatan eksport vaksin AstraZenec­a yang dikilangka­n di Thailand, Khairy berkata beliau akan mengadakan perbincang­an secara dua hala dengan negara jiran itu bagi memastikan tiada gangguan bekalan vaksin berkenaan ke Malaysia.

Bagaimanap­un, katanya, negara telah bersiap sedia dengan pelan alternatif sekiranya kerajaan Thailand menyekat eksport bekalan vaksin AstraZenec­a keluaran negara Gajah Putih itu.

“Kami mempunyai pelan B iaitu meningkatk­an pembelian vaksin Sinovac kerana kita sudah mempunyai fasiliti secara pengilanga­n di Malaysia (Pharmaniag­a). Jadi Pharmaniag­a tahu jika ada sebarang keperluan mendesak, kita akan memaklumka­n kepada mereka untuk membekalka­n kepada kerajaan Persekutua­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia