Utusan Borneo (Sarawak)

WhatsApp sekat dua juta pengguna India langgar peraturan pemesejan

-

NEW DELHI: WhatsApp telah menyekat lebih dua juta pengguna di India dalam masa sebulan kerana melanggar peraturann­ya, kata syarikat Amerika Syarikat (AS) itu dalam pendedahan laporan pematuhan di bawah undang-undang media sosial berkontrov­ersi baharu India.

Kebanyakan pengguna disekat atas penyalahgu­naan mesej spam. Syarikat milik Facebook tersebut telah mengehadka­n mesej dimajukan secara banyak bagi mengatasi penyebaran maklumat salah.

India menguatkua­sa peraturan baharu pada Mei untuk mengelola syarikat media sosial, menggesa mereka untuk mendedahka­n usaha pemantauan setiap bulan dalam platform mereka.

“Kami mengekalka­n kebolehan maksimum bagi mengenal pasti akaun yang menghantar mesej pada kadar tinggi yang tidak normal serta menyekat dua juta akaun di India dari 15 Mei sehingga 15 Jun yang melakukan salah guna ini,” jelas WhatsApp dalam laporannya lewat Khamis.

Syarikat itu berkata “fokus utama” kekal pada menghalang penyebaran mesej berbahaya dan yang tidak diingini.

WhatsApp memiliki lebih 400 juta pengguna di seluruh India, salah satu pasaran utamanya, tetapi sering menerima kritikan atas penyebaran maklumat palsu.

Berpuluh-puluh orang telah digantung mati di India pada 2018 ekoran penyebaran khabar angin di WhatsApp tentang geng penculik kanak-kanak.

Insiden ini telah mendorong aplikasi mesej itu untuk memperkena­lkan had pada mesej dimajukan di India.

WhatsApp dan beberapa syarikat media India telah berjuang untuk mengetenga­hkan undang-undang media sosial baharu di mahkamah.

Para pengkritik mendakwa kerajaan sedang mencari jalan untuk menyingkir­kan pembangkan­g namun kerajaan berkata mereka hanya mahu menjadikan media sosial lebih selamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia