Utusan Borneo (Sarawak)

Sijil palsu pengesahan terima vaksin COVID-19 dijual di Mexico

-

KOTA MEXICO: Awalnya vaksin palsu, kini sijil pengesahan imunisasi palsu juga dijual di Mexico, disasarkan kepada mereka yang mahu mengembara ke negara yang memerlukan bukti inokulasi.

Pelanggan sijil palsu vaksin COVID-19 biasanya adalah orang yang mahu mengembara namun belum divaksin sepenuhnya, atau orang yang menerima vaskin yang tidak diiktiraf oleh negara destinasi, kata seorang penjual.

“Sekiranya mereka disuntik dengan vaksin China, di sini kami menukarnya dengan Pfizer mahupun Sputnik V,” jelas lelaki bernama Cris.

Tidak terganggu dengan kehadiran polis berhampira­n, dia menjelaska­n bahawa pelanggan membayar dalam lingkungan 1,100 ke 2,000 peso Mexico (RM233-423).

“Dalam dua jam kamu akan memiliki dokumen itu,” tambahnya, dengan muka dilindungi dengan pelitup muka, bekerja di daerah Santo Domingo.

Kementeria­n kesihatan Mexico baru-baru ini mengumumka­n mereka yang telah divaksin boleh memuat turun sijil imunisasi secara percuma melalui laman sesawang rasmi bagi kegunaan perjalanan mahupun situasi lain.

Sijil rasmi tersebut mempunyai kod QR yang membawa pengimbas ke halaman kerajaan yang mengesahka­n pemegang itu telah divaksin sepenuhnya.

Peniru itu mengubah kod tersebut, namun bagaimana ia berfungsi masih belum jelas.

Bagi memintas sistem itu memerlukan seseorang yang bijak teknologi agar mereka yang mengimbas sijil tersebut akan dibawa ke laman sesawang palsu kerajaan, jelas pakar keselamata­n siber, Carlos Ramirez.

Di Santo Domingo, ujian makmal palsu dengan keputusan negatif COVID-19 juga dijual pada sekitar AS$30 (RM126).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia