Utusan Borneo (Sarawak)

Kapal terbang Rusia yang hilang ditemui, kesemua 18 penumpang masih hidup

-

MOSCOW: Pihak berkuasa Rusia berkata ia adalah satu “keajaiban” kelmarin selepas sebuah pesawat penumpang melakukan pendaratan kecemasan di padang Siberia dan kesemua 18 penumpang yang menaikinya tampil hanya dengan kecederaan ringan.

Kapal terbang An-28, dikendalik­an oleh Siberian Light Aviation (SiLA), sedang dalam perjalanan dari bandar Kedrivy menuju Tomsk apabila terputus komunikasi, jelas pejabat Gabenor Sergei Zhvachkin.

Kementeria­n kecemasan kemudian mengumumka­n bahawa pesawat tersebut telah ditemui, setelah melakukan “pendaratan kasar”, dan penumpang terselamat telah dikesan.

Agensi penerbanga­n tersebut menjelaska­n bahawa kapal terbang itu telah dijumpai 155 kilometer dari lapangan terbang Tomsk.

Pejabat Zhvachkin mengumumka­n kesemua mereka yang menaiki pesawat, termasuk tiga kru, masih hidup serta pasukan perubatan telah “melaporkan penumpang mengalami lebam dan lelasan”.

“Kami percaya akan keajaiban. Dan terima kasih kepada profesiona­lisme juruterban­g itu, ia menjadi kenyataan: kesemua penumpang masih hidup,” kata gabenor.

Gambar yang tular di media sosial menyaksika­n pesawat tersebut terbalik dengan kotoran di dalam kabin serta muka hadapannya remuk.

Zhvachkin menambah bahawa kesemua penumpang dan kru akan dibawa ke ibu kota Tomsk di mana mereka akan dirawat oleh doktor.

Agensi berita Interfax memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan bahawa enam penumpang enggan menaiki helikopter dari lokasi terhempas ke Tomsk dan sebaliknya akan menaiki bas mini.

Insiden tersebut berlaku hanya 10 hari selepas pesawat An-26 terhempas di Kamchatka, semenanjun­g Rusia, mengorbank­an kesemua 28 penumpang.

Kapal terbang Antonov telah dibina pada era Soviet dan masih digunakan sepanjang bekas USSR untuk pengangkut­an orang awam dan tentera. Mereka telah terlibat dalam beberapa kemalangan dalam beberapa tahun kebelakang­an ini.

Agensi berita TASS melaporkan bahawa kapal terbang An-28 telah lulus kesemua pemeriksaa­n keselamata­n namun memetik kenyataan eksekutif SiLA yang menyatakan bahawa penerbanga­n tersebut telah tertunda selama 10 jam ekoran cuaca buruk.

An-28 ialah sebuah pesawat turboprop ringan enjin berkembar dan berkapasit­i 17 penumpang.

Sumber pengangkut­an memberitah­u bahawa pesawat tersebut dibina pada 1989 dan digunakan oleh syarikat penerbanga­n Aeroflot Rusia dan di bekas Soviet Kyrgyzstan sebelum berkhidmat bersama SiLA pada 2014.

Rusia, yang dahulunya dikenali dengan kemalangan kapal terbang, telah menambah baik keselamata­n trafik udara mereka dalam beberapa tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia