Utusan Borneo (Sarawak)

Salam Baitullah edisi ke-13, tampil tema ‘Suatu Kerinduan’

-

MENGGALAS tanggungja­wab besar sebagai penyiar utama negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sentiasa berusaha membuat liputan dan menyediaka­n program berdasarka­n keperluan semasa, permintaan pasaran dan kesesuaian khalayak di samping mengambil kira kepentinga­n pemegang taruh.

Ini menunjukka­n komitmen RTM dalam menyediaka­n perkhidmat­an yang inklusif kepada masyarakat. Tahun 2021, sekali lagi menyaksika­n tiada pergerakan jemaah haji dari Malaysia ke Tanah Suci, ekoran perkembang­an situasi semasa Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Namun, mengambil kira ibrah musim Haji dan mengisi kerinduan para jemaah dan umat Islam di Malaysia terhadap Kota Suci, RTM menerusi ‘Salam Baitullah 2021’, program terbaik musim haji terus bersiaran untuk musim ke-13.

Sambutan hangat penonton pada setiap tahun sehingga mencecah 2.2 juta tontonan pada musim lepas.

Salam Baitullah tahun ini menampilka­n dua pengacara terkenal iaitu Al Fadhil Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan Al Fadhil Ustaz Fakhrul Radhi Khamaruddi­n (Kumpulan UNIC) melalui penajaan daripada Olive House.

Setelah dua tahun Arab Saudi tidak membenarka­n kemasukan jemaah Haji seluruh dunia akibat pandemik Covid-19, Salam Baitullah tahun ini bertemakan, Suatu Kerinduan sebagai mengimbau kenangan mengerjaka­n ibadah haji kepada umat Islam di rantau Asia Tenggara.

Di samping itu, Salam Baitullah tahun ini akan membawakan juga berita-berita bagaimana ibadah haji secara norma baharu dilakukan.

Salam Baitullah disiarkan secara langsung setiap hari jam 9.00 hingga 10.00 malam di TV1 dan Saluran Berita RTM (myFreeview 123) serta menerusi saluran media sosial seperti Facebook dan Youtube.

Episod pertamanya menemui penonton pada 6 Julai lepas manakala episod terakhirny­a akan disiarkan pada 20 Julai ini. Penonton juga dapat melayari siaran langsung melalui Aplikasi RTM KLIK.

Siaran ulangan boleh diikuti setiap hari, mulai 7 Julai hingga 21 Julai, di TV1 pada jam 6.00 petang hingga 7.00 malam manakala di Saluran Berita RTM pada jam 4.00 hingga 5.00 petang.

Sementara itu kemuncakny­a menerusi siaran Langsung Salam Baitullah Edisi Khas (Wukuf) pula disiarkan pada 19 Julai (esok), jam 6.00 petang hingga 7.00 malam dan jam 9.00 hingga 11.00 malam.

Pada tahun ini, program Salam Baitullah membariska­n panelpanel pendakwah terkemuka negara yang akan memperinci­kan pengajaran haji berdasarka­n situasi semasa.

Salam Baitullah musim ini turut menampilka­n kelainan di mana terdapat Segmen Interaktif Selebriti yang dikendalik­an oleh Ustaz Fakrul Radhi (UNIC) berkonsepk­an bual santai bersama artis, tokoh sukan, selebriti media sosial yang dikenali mengenai pengalaman menunaikan umrah dan haji di Tanah Suci.

Di antara tetamu yang bakal hadir ialah jaguh lumba basikal negara, Azizul Hasni Awang, Prof Dato Dr Muhaya Mohamad, Dato Chef Ismail, Faizal Tahir, Wany Hasrita, Lah Ahmad, Asyraf Muslim, Azmi Caliph Buskers dan Ustaz Aidil Azwal Zainuddin (pengasas Olive House).

Seperti musim musim sebelum ini terdapat tiga kuiz yang ditawarkan setiap musim (Kuiz Harian & Kuiz Terkumpul di TV dan Kuiz Harian di Medsos) hadiah bernilai RM300 berupa produk keluaran Olive House untuk Kuiz Harian TV & Medsos.

RM15,000 berupa wang tunai secara keseluruha­n harus dimenangi dengan penyertaan Kuiz Terkumpul.

Penonton boleh menyertai soalan kuiz melalui aplikasi Facebook dan Instagram ‘Salam Baitullah’.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia