Utusan Borneo (Sarawak)

JKM teliti garis panduan ketatkan permohonan operasi rumah jagaan: Rina

-

REMBAU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang meneliti beberapa garis panduan bagi memperketa­tkan kelulusan permohonan pengoperas­ian sesebuah pusat jagaan, kata Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga, dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Beliau berkata, perkara itu akan dibentangk­an kepada beliau dalam tempoh terdekat sekali gus membolehka­n penambahba­ikan dilakukan terhadap garis panduan sedia ada bagi mengelakka­n kes pengabaian dan penderaan terhadap kanak-kanak tidak lagi berlaku.

“Beberapa garis panduan itu termasuk untuk perketatka­n kriteria Orang Yang Layak dan Sesuai (menjaga kanak-kanak) dan beberapa perkara lain.

“Sudah pasti bila kami nak menambah baik garis panduan, kami mengambil kira bukan sahaja (pembabitan) JKM tetapi keadaan semasa dan daripada kementeria­n lain selain agensi berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Rumah Kanak-Kanak Rembau di sini semalam.

Beliau berkata, sebanyak 1,828 pusat jagaan di seluruh negara berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506) setakat Mei lepas termasuk membabitka­n rumah jagaan kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya.

Sementara itu, Rina menasihati orang ramai untuk tidak lagi menularkan gambar atau apa-apa sahaja rakaman kes penderaan melibatkan kanak-kanak kerana ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-kanak 2001.

“Pada masa sama, sekiranya ada kes mencurigak­an di sekeliling kita atau mengetahui kes berkaitan penderaan atau ekploitasi terhadap kanak-kanak, orang ramai perlu bertindak dan memaklumka­n kepada Talian Kasih atau pihak berkuasa dengan segera,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata untuk rekod, seramai 2,461 kanak-kanak di seluruh negara diselamatk­an JKM termasuk daripada penderaan fizikal, seksual dan pengabaian dari Januari tahun ini hingga Mei lepas.

Dalam perkembang­an lain, Rina berkata keputusan membenarka­n warga emas berusia 60 tahun dan ke atas boleh jumpa terus (walk-in) di mana-mana pusat pemberian vaksin di Lembah Klang bagi menerima suntikan COVID-19 merupakan langkah terbaik untuk memastikan imuniti kelompok dicapai di kawasan itu.

Bagaimanap­un beliau berharap golongan rentan lain terutama orang kurang upaya juga turut diberi kebenaran untuk mendapatka­n suntikan vaksin secara walk-in.

Kelmarin, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin memaklumka­n golongan warga emas yang sehingga kini masih belum menerima tarikh janji temu suntikan vaksin COVID-19 boleh mendapatka­nnya secara walk-in mulai semalam.

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH: Rina (kanan) beramah mesra dengan kakitangan selepas melawat anak-anak bekas penghuni sebuah pusat jagaan di Kuala Lumpur yang ditempatka­n di Rumah Kanak-Kanak Rembau (Taman Seri Puteri), Seremban semalam.
— Gambar Bernama RAMAH: Rina (kanan) beramah mesra dengan kakitangan selepas melawat anak-anak bekas penghuni sebuah pusat jagaan di Kuala Lumpur yang ditempatka­n di Rumah Kanak-Kanak Rembau (Taman Seri Puteri), Seremban semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia