Utusan Borneo (Sarawak)

Bekalan lembu cukup untuk ibadah korban

Tindakan henti import lembu Thailand dikuatkuas­akan awal bulan lepas, elak penularan LSD

-

JASIN: Bekalan ternakan lembu mencukupi bagi menampung permintaan umat Islam menjalanka­n ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha, Selasa ini biarpun kerajaan menghentik­an pengimport­an lembu dari Thailand.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, tindakan menghentik­an import lembu dari Thailand itu dikuatkuas­akan sejak awal bulan lepas, untuk mengekang penularan penyakit kulit kental berbonjol (LSD).

Katanya, harga bagi bekalan lembu hidup juga masih terkawal iaitu di paras RM5,000 hingga RM5,500 seekor mengikut kos keseluruha­n bagi ternakan haiwan ruminan itu.

“Kementeria­n menerusi Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) telah menjalanka­n pemeriksaa­n dan pemantauan di ladanglada­ng seluruh negara dan umat Islam tidak perlu bimbang kerana haiwan ternakan untuk sembelihan sedia ada masih mencukupi.

“Walaupun pengeluara­n daging lembu atau tahap sara diri (SSL) ketika ini sekitar 20 peratus tetapi kami banyak mengimport dari negara lain untuk keperluan domestik,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an bantuan MAFI Prihatin di Simpang Bekoh di sini semalam.

Terdahulu beliau menyampaik­an bantuan MAFI Prihatin melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) kepada 426 penerima di tujuh lokasi di Jasin semalam.

Sementara itu, Ahmad berkata menerusi agihan pada program itu, sebanyak 1.5 tan metrik buahbuahan dan sayur-sayuran seperti pisang Sabah, terung, kubis bulat dan sayur sawi diberikan kepada penerima.

Katanya, sehingga 15 Julai lepas pelaksanaa­n MAFI Prihatin melalui FAMA sahaja telah memberi manfaat kepada 23,977 orang yang terdiri daripada petugas barisan hadapan, badan kebajikan dan badan bukan kerajaan (NGO) di 104 lokasi seluruh negara membabitka­n pe-nyaluran makanan seba-nyak 41.7 tan metrik.

“Sumbangan berbentuk hasil pertanian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan kesinambun­gan program ini yang merupakan inisiatif serampang dua mata di samping membantu petani memasarkan lebihan hasilan pertanian dan dalam masa sana dapat membantu meringanka­n beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19,” katanya. — Bernama

“Walaupun

pengeluara­n daging lembu atau tahap sara diri (SSL) ketika ini sekitar 20 peratus tetapi kami banyak mengimport dari negara lain untuk keperluan domestik.

Datuk Seri Ahmad Hamzah

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1

 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN: Ahmad (dua kanan) ketika menyampaik­an bantuan makanan menerusi program MAFI Prihatin di pusat penjagaan warga emas di Bukit Katong, Jasin semalam. Menerusi program MAFI Prihatin melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) seramai 426 penerima di tujuh lokasi dalam daerah Jasin menerima sumbangan keperluan harian selain 1.5 tan metrik seperti komoditi Pisang Sabah, terung, kubis bulat dan sayur sawi diberikan kepada penerima.
— Gambar Bernama SUMBANGAN: Ahmad (dua kanan) ketika menyampaik­an bantuan makanan menerusi program MAFI Prihatin di pusat penjagaan warga emas di Bukit Katong, Jasin semalam. Menerusi program MAFI Prihatin melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) seramai 426 penerima di tujuh lokasi dalam daerah Jasin menerima sumbangan keperluan harian selain 1.5 tan metrik seperti komoditi Pisang Sabah, terung, kubis bulat dan sayur sawi diberikan kepada penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia