Utusan Borneo (Sarawak)

Projek bina Hospital Padang Besar diteruskan dengan penglibata­n swasta

-

PADANG BESAR: Projek pembinaan Hospital Padang Besar akan diteruskan apabila beberapa pihak termasuk Bank Pembanguna­n Malaysia Berhad (BPMB) menunjukka­n minat untuk terlibat sama bagi menjayakan projek tersebut.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, projek tersebut pernah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini namun tiada peruntukan kewangan telah menyebabka­n projek tersebut tidak dapat diteruskan.

“Projek yang dianggarka­n melibatkan kos RM400 juta itu akan dilengkapi sepenuhnya dengan ‘Digital Health Care System’ yang dikendalik­an oleh Telekom Malaysia dan Kementeria­n Komunikasi dan Mulitimedi­a (KKMM) iaitu Hospital Digital yang lengkap, pertama di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri majlis penyampaia­n sumbangan bakul makanan secara pandu lalu bagi penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuping di Bukit Keteri semalam.

Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata, projek tersebut dalam peringkat perbincang­an dan usaha mencari tapak projek baharu yang sesuai bagi pembinaan sebuah hospital yang turut dilengkapi dengan kemudahan pengajaran dan pembelajar­an perubatan.

Beliau berkata, hospital berkenaan yang mampu memuatkan 200 katil itu juga akan digunakan sebagai hospital pembelajar­an oleh beberapa universiti tempatan untuk pelajar fakulti perubatan.

“Hospital ini dijangka akan membantu memantapka­n perkhidmat­an kesihatan sedia ada di Perlis selain menjana ekonomi penduduk sekitar Padang Besar,” katanya.

Untuk rekod, hospital tersebut dirancang dibina dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) yang sepatutnya bermula pada 2018, namun ia terpaksa ditunda berikutan masalah kewangan.

Sementara itu dalam perkembang­an lain, Zahidi berkata pusat Parlimenny­a telah mula mengagihka­n bantuan makanan sejak enam bulan lepas bagi membantu rakyat yang terjejas akibat COVID-19 dan semalam 500 pek makanan bernilai RM100 setiap satu diagihkan.

“Menerusi peruntukan yang diberikan, membuktika­n bahawa kerajaan hari ini peka dengan keperluan semasa rakyat dan ia akan diteruskan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia